Selasa, 7 April 2009

TABUNG HASIL KREATIF KENA .......................

Peristiwa berlaku hari ini di kelas prasekolah 2. sk taman perling.



macam biasa la pagi ini 7hb 4 2009, aku dengan selamber jer masuk kelas seawal jam 6:45am. ala, biasa la umah dekat, kalau datang lambat2 takut hujan turun dah masalah pulak(maklumlah naik honda, paham2 je la. honda city baru dah tempah tapi tak sampai2 coz tmph guna air liur je). seperti biasa dah on semua suis lampu aku pn buat la rutin mcm biasa sambil menyambut ketibaan murid-murid yang disayangi. datang la beberapa orang murid dan terus melakukan rutin harian masing-masing. menyurih abjad a-z, menterbalikkan gambag (saya hadir hari ini). menghantar kerja rumah dan membaca BUKU KALAM. Tiba-2 asraf menjerit "cikgu, kenapa tabung saya mulutnya dah beso!!!" tanpa berlengah aku pun g la tengok. alangkah terkejut beruknya (beruk la yang terkejut) apabila didapati tabung asyraf telah di robek dari luar kelas dengan mengumpil cermin nako. aku pun siasat lah, dalam pada masa yang sama En Zul (pk hem) turut menyaksikat kejadian tersebut. duit yang masih tinggal dalam tabung hanya duit kertas RM1 sahaja dan yang selebihnya telah hilang. jadi pg tadi asray membawa 20sen untuk di masukkan kedalam tabung dan tanpa perasaan bersalah dia pun melakukan rutin harian seperti biasa. aku pun siasat lah. ini mesti petang semalam sedangkan aku latih budak hoki bakil kul 5++ elok lagi dan aku memang pastikan kelas aku selamat.(lihat gambar di bawah)









guru prasekolah kena kreatif, jadi tanpa mengeluarkan modal aku pun kumpul botol air mineral buatkan budak-budak ni tabung. aku cat elok2, digantung mengikut urutan nombor (kak jah yg tlg)dengan dilabel no 1- 25 jadi secara tidak langsung dia kenal nombor diri dia yang sama dengan no fail yang saya buat. bukan di paksa tetapi secara suka rela kalau ada duit lebih bawak sekolah masuk tabung. diakhir tahun kita bolehlah buat buku akaun Bank Rakyat. dapat tabung nuri. (borang buka akaun masing2 dah aku amikkan). nampak gaya aku kena ganti la dalam RM14++ macam tu la. tapi ada jugak budak-budak ni yang masih ringan tabungnya dan aku tak pernah paksa pun.






tadi selepas kul 11, budak2 pn dah balik aku wt la post mortem. kira kajian tindakan la. aku terpaksa ubah tempat gantung tabung. tapi tiada siapa yang tahu di situ ada tabung kecuali mereka yang pernah masuk ke kelas prasekolah aku ni. kadang2 pentadbir datang pun x tau ada tabung kat situ. jadi aku cari punca dan kesannya serta strategi nak tangkap si tangan panjang. aku pa lagi, kunci pintu n ngendap mana tau dia datang lagi. aku memang dah agak dah, tepat kul 1 aku tengok ada budak ni datang, tengok2, pusing2, pastu dia menjengah tengok kat tempat tingkap yang di dah umpil semalam. apa lagi aku lari laju (macam carl lewis lajunya) tangkap ini budak. siasat punya siasat dia mengaku amik dlm kul 6++ petang semalam. budak tahun tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut, nama tuuuuuuuuuut, (masih dalam siasatan mahkamah) tak boleh didedahkan kepada media takut mengganggu proses pendakwaan. ha ha ha ha
sajer nak share cerita moga dijadikan iktibar di lain kali.
p/s: pikir dulu sebelum buang. (botol air mineral)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan