Memaparkan catatan dengan label KARNIVAL PRASEKOLAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KARNIVAL PRASEKOLAH. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2009

==== ALBUM KENANGAN ====

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2007 Telah diadakan di Daerah batu Pahat selaku Tuan Rumah berlangsung di SK Parit Raja (kalau tak silap la dah lame sangat). Setelah aku muncul Johan Daerah Pasir Gudang maka layak lah aku mewakili Pasir Gudang ke peringkat Negeri Johor bersama-sama prasekolah SK Desa Cemerlang. (Kak Rahmah). Masatu aku Prasekolah SK Taman Molek mewakili Daerah Pasir Gudang bagi kategori Kelas Prasekolah Cemerlang (Bandar) manakala Prasekolah SK Desa Cemerlang (Luar Bandar). Dengan persiapan bersungguh2 warga prasekolah SK Taman Molek ketika itu, dan saya bawa hasil kerja tangan saya (Video Korprat Prasekolah) sehingga menjadi sebut-sebutan untuk memenangi Johan peringkat negeri. Tapi apa kan daya hanya mendapat Naib Johan Negeri Johor. Aku bukan sekadar cakap seperti tin kosong tetapi hasilnya hampeh. Lihat lah gambar dibawah ini sebagai bukti untuk semua. tetapi itu semua dulu dan kini tinggal kenangan. Kelas yang telah aku hias dengan paling menarik dan kreatif dengan hasil kerja tangan aku tinggal kenangan. Kini 2009, Karnival Prasekolah Datang Lagi.................. Daerah Pasir Gudang pula menjadi Tuan Rumah. (Kalau nak tengok hasil tinggalan aku, singah ler sebentar ke Prasekolah SK Taman Molek).

..

Ahad, 26 Julai 2009

PENCAPAIAN CEMERLANG PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING, JOHAN NYANYIAN SOLO DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 25 Julai 2009, Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung di SK Angkatan Tentera. Prasekolah SK Taman Perling telah menghantar seorang wakil dalam acara Nyanyian Solo bagi mewakili Zon Skudai ke Karnival tersebut. Adik Muhammad Ariff Idham b. Saiful Harizal telah mendapat Johan dan melayakkan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2009 yang akan berlangsung di Daerah Pasir Gudang selaku Tuan Rumah. Kami warga SKTP berdoa agar Adik Muhammad Ariff Idham akan mendapat kejayaan di peringkat Negeri dengan mengharumkan Daerah Johor Bahru dan SK Taman Perling khasnya.




.. Piala, sijil dan cenderamata disampaikan semula ketika Perhimpunan Mingguan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En Mohamed Noor bin Basiron.




..

Selasa, 14 Julai 2009

KARNIVAL PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

Pada hari sabtu 11 Julai yang lalu, Karnival Prasekolah telah diadakan di SK Kompleks Uda bagi peringkat Zon Skudai 2009. Prasekolah SK Taman Perling menonjolkan bakat terpendam setelah berhempas pulas berlatih dibawah bimbingan Cikgu Nasitof. Setelah cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Prasekolah sehingga ke peringkat negeri yang berlangsung di Mersing, kini tiba masanya untuk kami menunjukkan bakat terpendam pula. Prasekolah SK Taman Perling berjaya mendapat Johan bagi kategori Nyanyian Solo (Adik Mohamad Arif Idham bin Saiful Hazizal) dan Tempat Ke 3 bagi kategori Sajak (Adik Nor Syahira Amira bt Sahrul Azmi).






..