Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengurusan. Papar semua catatan

Selasa, 27 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI JADI

Hari ini 28 Oktober 2009 kelas prasekolah 2 meraikan sambutan hari jadi Nurul Atikah. Beliau telah menjamu kawan-kawan dengan hidangan pulut kuning dengan rendang ayam. Kami seluruh warga prasekolah mengucapkan selamat hari lahir semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Terima Kasih Atikah..







Yang ini pulak sumbangan daripada Muhammad Azamuddin Ismail kepada rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya semalam 27 Oktober 2009. Terima kasih azam.










..

Khamis, 22 Oktober 2009

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Hari ini Khamis 22 Oktober telah berlangsungnya penyerahan Tabung yang telah dihasilkan hasil kreativiti Cikgu Zainal selaku Guru Prasekolah 2 kepada pemilik masing-masing. Pada awal tahun setiap murid telah diberikan tabung untuk Murid-murid menyimpan sedikit demi sedikit duit syiling yang datang daripada sumbangan Ibubapa, kawan-kawan yang membuat sambutan hari jadi di kelas, sumbangan duit raya, sumbangan derma2 daribada Hamba Allah dan ada yang membawa duit dari rumah sekitar 10 sen@20 sen. (tiada paksaan) Di akhirnya Murid-murid ini berjaya membuat tabungan dan melayakkan mendapat Tabung Simpanan BSN (seperti didalam gambar) hasil daripada berjimat cermat, sedikit-sedikit lama lama menjadi bukit. Berikut sedikit gambaran majlis tersebut.








..

Rabu, 9 September 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM
Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM
Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).
ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.(1 Jan 2010)
iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.
iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.
v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.
Kepada ibubapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak/anak jagaan mereka memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sila dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut di sekolah-sekolah yang berhampiran tempat kediaman anda.
Inginkan yang terbaik untuk anak anda? Kelebihan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia :
1. Diajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang prasekolah..ni sangat penting bukan ambil berkelulusan SPM yang tangkap muat aje nak ajar budak2 kecil ni..kat negara2 barat tenaga pengajar prasekolah ada yg berkelulusan PhD. Kelas agama juga diajar oleh guru berpendidikan agama.
2. Pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan - silibus mengikut kurikulum prasekolah kebangsaan,komputer,lawatan,karnival prasekolah,sukan prasekolah dan banyak lagi.
3. Tiada yuran bulanan-yuran yang tinggi belum pasti menjamin kecemerlangan anak-anak!.
4. Menu yang disediakan berkhasiat - bukan 'bibik' yang masak tau, tapi pembantu pengurusan murid. kesian kat anak-anak yang pergi tadika mahal2 sesetengahnya diberikan makanan yang tak berbaloi dengan yuran yang dibayar.
5. No 'skill and drill' but learning through play..program berfokuskan kemahiran dan berpusatkan guru menunjukkan prstasi yang baik dalam jangka masa pendek sahaja dan boleh membunuh minat untuk belajar.prasekolah menekankan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,bukan kognitif sahaja
..

Rabu, 5 Ogos 2009

AWAS, H1N1 SEMAKIN MENULAR

Bukan nak cerita la tapi hari ni datang-datang jer dah selsema n batuk2. lepas ker buat aktiviti fizikal dan perbualan pagi, terus tak boleh bangun. jadi terpaksa la dia diquarantin suruh dia tido. pesanan ye, prasekolah bukan child sitter tau........... paham2 jer la. ada yang demam pun mak dia suh dtg sekolah jugak coz mak dia nak g keja tak de sapa jaga kat umah. cam ner ni???????




Sabtu, 27 Jun 2009

MESYUARAT PENGURUSAN KARNIVAL PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

Pada 25hb Jun yang lalu, satu mesyuarat karnival prasekolah zon skudai telah diadakan di SK Kompleks Uda. Berikut ada sedikit bingkisan untuk tatapan rakan-rakan.




Dalam ramai-ramai guru perempuan terselit 2 jejaka asing pulak. diantara orang kuat Zon Skudai ni. Ha ha ha ha ha.....

Isnin, 22 Jun 2009

SELAMAT DATANG, GPK BARU

Hari ini SK Taman Perling mengalu-alukan kedatangan Pn Rabitah binti A.Ghaffar selaku Guru Penolong Kanan 1 menggantikan Tn Hj Abd Aziz bin Mahmood yang telah berpindah menjadi Guru Besar di SK Sungai Melayu. Semoga dengan Kehadiran Pn Rabitah selaku GPK 1 akan dapat memantapkan organisasi SK Taman Perling.

Rabu, 17 Jun 2009

KREATIVITI & ESTETIKA (KUCING)

Salam, Hai.... lama tak update blog. bukan tak de bahan tapi tak sempat la. busy memanjang. apa yang penting P&P berjalan seperti biasa. Semalam slot 1 jam sempat la buat kucing menggunakan kotak tisu. ala, dah biasa sangat tiap-tiap tahun kalau sampai tema haiwan jinak mesti buat ini, kira mcm favourite la. tapi sebenarnya bergantung kepada perkembangan kanak-kanak.








..

Rabu, 13 Mei 2009

Sabtu, 9 Mei 2009

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Minggu ini SK Taman Perling dengan kerjasama PIBG telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi sambil disertai murid-murid dan guru-guru pengawas. bagi mengingati kemeriahan tersebut, saya paparkan beberapa kenangan saya bersama-sama rakan-rakan guru prasekolah ketika mengadakan Lawatan Banch Mark ke Pulau Langkawi anjuran bersama Panitia Prasekolah Daerah Pasir Gudang bersama PPD Pasir Gudang.


Tengok sendiri lah aktiviti kita orang, melawat kilang gamat, padang mat sirat, muzium lagenda, dataran lang dengan wajah-wajah ceria. En Syawal n En Md Shar tengah memilih jamu gamat tu. untuk tambah tenaga kot. ha ha ha

Pertama kali menaiki cable car memang takut, tapi bila dah sampai ke atas gunung mat cincang rasa seronok sangan dengan pemandangan yang menarik dan angin sepoi2 language, hilang segala rasa takut. Pn Norliza (GPK SK Pelangi Indah) tengah berposing di perhentian laluan cable car.

Gambar diatas ketika membuat lawatan Banch Mark ke Prasekolah SK Kebun Pinang.


wah, pilih-pilih, murah-murah nie. ketika di Idaman Suri.
Tengok, memborong sakan ketika di Hj Ismail Group. sampai kepenatan dan pekena laksa belut. peh, power sangat-sangat sampai meleleh...........
Iza, tambah 2x makan laksa belut. jarang dapat ni, kt jb tak de pun. kalau kat kelantan memang la tak pernah dengar pun. power tak????

pemandangan balik setelah tiba di jeti Kuala Perlis, En Md Shar memeriksa barang takut2 tertingal di hotel pulak.

ok sampai jumpa lagi.... tapi ini semua tinggal kenangan kerana saya telah berpindah ke PPD JB.

......

Isnin, 27 April 2009

KEJOHANAN HOKI MSSJ 2009

DAERAH JOHOR BAHRU JOHAN LELAKI & PEREMPUAN 2009.

Pada 24-26 April, Kejohanan Hoki L & P 12 MSSM Negeri Johor telah berlangsung di Daerah Pontian. Pasukan Johor Bahru adalah pasukan yang paling mantap menurut perkiraan saya hasil gabungan pemain-pemain SK Taman Bukit Kempas, SK Taman Perling, SK Mohd Khir Johari dan SK Tanjung Kupang. Sk Taman Perling menurunkan Best Keeper dan 2 orangb lagi pemain pada penyertaan kali ini. ikuti beberapa laporan yang telah saya sediakan.

Kain Rentang kejohanan dan pasukan JB sedang membuat warm up sebelum masuk ke padang sambil disaksikan oleh coach Pasir Gudang, Cikgu Khairuddin (SK Taman Daya).

Perlawanan separuh menentang Muar terpaksa ditentukan melalui penalty strok kerana tamat
masa tambahan masih lagi 2-2.
pemain meraikan kemenangan diperingkat separuh akhir dan seterusnya layak ke peringkat akhir akan menentang pemenang pertemuan antara Kluang vs Pasir Gudang. Penulis adalah Pengurus Pasukan SK Taman Perling ketika peringkat Daerah juga turun bersam anak-anak dan keluarga bagi memberikan sokongan kepada pasukan Johor Bahru.


Pasukan Perempuan meraikan kemenangan setelah menewaskan Kluang dengan Penalty strok.




Hujan yang terlalu lebat disulami dengan kilat sabung menyabung menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan. penelis sempat membawa anak-anak menyaksikan motorshow di Dataran Pontian.

Perlaawanan Akhir Lelaki dimulakan tepat jam 2.30 petang juga bertemu pasukan Kluang.




Aksi final sedang berlangsung sambil disokong oleh pemain2 lain yang tewas di pusingan awal. sebelum pasukan JB melayakkan ke final, Johor Bahru telah menewaskan pasukan mersing 4-0, pengerang 7-0, Muar 2-2 (2-1).






Ucapan Wakil Pegawai PPD Pontian ketika upacara penutup.









Bergambar bersama jurulatih pasukan beserta medal dan sijil






Gambar kenang-kenangan sebelum bertolak balik ke JB.
sampai jumpa lagi di ipoh.









Sabtu, 25 April 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pada Hari Sabtu 19 April 2009 yang lalu SK Taman Perling telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua guru-guru termasuk juga guru prasekolah. berikut dipaparkan dari mula sehingga tamat majlis tersebut.













majlis berhenti rehat untuk menikmati kudapan dan berpossing. ha ha ha...........







di penghujung sesi berkursus.




wajah-wajah ceria dan konfius setelah tamat kursus LDP di UTM.








sampai jumpa lagi............ babaiiii

Isnin, 13 April 2009

Persiapan Kejohanan Olahraga Prasekolah Zon Skudai 2009

Prasekolah SK Taman Perling ditugaskan untuk AJK Hadiah & Cenderamata. oleh itu kami berkeah tenaga untuk membuat persiapan sebelum kejohanan berlangsung. Dibantu oleh cikgu2 praktikum di minggu 2 terakhir ini berikut adalah gambar2 yang sempat penulis snap untuk tatapan kawan-kawan.
Setelah penat lelah shopping maka kini tiba masanya untuk membungkus hadiah pulak.
hadiah yang dipaparkan ini untuk semua peserta, kira saguhati lah ye.


tengok mak nenek kat bawah ni, bukan nak tolong tapi mulut pokpek, pokpek ajer.jangan marah tau nanti kena jual.
hah,yang ini pulak dah siap bungkus letak belakang, sat gi masuk bonet keta pulak la tu....


ok, selamat bersukan kepada semua murid-murid prasekolah zon skudai esok 14hb april 2009bertempat di SK Kompleks Uda. dengan derita zon Nusajaya pun esok juga.

Selamat Bersukan.

.


Jumaat, 10 April 2009

ANAKKU YANG SIHAT

SEMUA ibu mahukan anak yang sentiasa sihat sepanjang masa. Bagaimanapun, kerap berlaku salah faham si ibu bahawa bagi tahap kesihatan ditentukan melalui kekerapan seseorang anak itu sakit. Sebenarnya, ia berkaitan dengan tumbesaran kanak-kanak mengikut kadar berat badan dan ketinggian yang sepatutnya dicapai mengikut usia.
Kita boleh memulakan memantau pembentukan kanak-kanak pada usia dua hingga enam tahun kerana ia merupakan masa yang paling sesuai untuk pembesaran kesihatan dan pertumbuhan. Ia merupakan saat paling sesuai untuk melengkapi si kecil dengan nilai-nilai yang baik dan pada masa yang sama membenarkan mereka membina potensi diri.

Penjagaan kesihatan dan kawalan

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui sama ada anak anda membesar dengan sihat selain memastikan kestabilan kesihatannya.
1. Ukur ketinggian dan catat berat badan serta kira indeks jisim badan (BMI) anak setiap enam bulan sekali (Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nutriweb.org.my dan periksa buku Raising Healthy Easters untuk ukuran BMI dan gunakan carta pertumbuhan.
2. Bawa anak anda untuk pemeriksaan perubatan dan pergigian.
3. Awasi serangan jangkitan kuman seperti batuk, selesema dan cirit-birit.
4. Pastikan anak dan keluarga benar-benar mementingkan tahap kebersihan.
5. Dapatkan maklumat lanjut mengenai tahap kesihatan kanak-kanak menerusi laman web perubatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau badan perubatan profesional yang disahkan. Antara laman yang boleh dilayari ialah www.nutriweb.org.my, www.dietitians.org.my, ww.maso.org.my dan www.nutrition.moh.gov.my.

Beri makanan yang menyihatkan

Untuk mengoptimumkan tahap pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak, anda juga perlu memberi anak dengan makanan yang berkhasiat. Sekiranya anak anda tidak memperoleh nutrien dengan kadar yang ditetapkan, dia boleh terdedah pada bahaya pemakanan yang tidak seimbang.
Memakan makanan yang tidak berkhasiat dalam kadar sederhana juga boleh mempengaruhi kadar pembesaran, pertumbuhan dan kesihatan. Nutrien yang lengkap membolehkan sistem kekebalan kanak-kanak daripada diserang penyakit berfungsi secara optimum.
Pemakanan yang berkhasiat bermakna makanan yang diambil oleh anak anda setiap hari yang mengandungi keseimbangan kandungan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak vitamin dan mineral. Oleh itu, kanak-kanak perlu makan dalam kuantiti yang mencukupi bagi mendapatkan kadar nutrien harian yang diperlukan.
Cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat diet yang seimbang adalah dengan merujuk piramid panduan makanan untuk kanak-kanak. Ia mempunyai panduan mengenai jenis, kuantiti makanan yang diperlukan setiap hari dan kumpulan mana yang perlu diberi perhatian lebih atau kurang daripada yang lainnya.
Carta itu juga akan menerangkan tentang kepelbagaian makanan pada setiap kumpulan bagi memudahkan si kecil mendapat nutrisi yang diperlukan dan mengetahui warna, rasa dan tekstur pada setiap hidangan.

Diet harian anak anda juga perlu disertai dengan susu. Susu adalah sumber kalsium bagi menguatkan tulang. Susu mengandungi asid lemak (seperti DHA,AA), anti pengoksidaan (seperti lutien) dan nucleotides yang boleh merangsang kesihatan yang baik. Jadi, pastikan anak anda minum satu atau dua gelas susu sehari.

Fakta yang boleh membuka mata

Jatuh sakit adalah sebahagian daripada keadaan semula jadi yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Contohnya, diserang virus, bakteria dan parasit. Ia terjadi terutama ketika anak kecil memulakan sesi prasekolah dan mula terdedah kepada jangkitan seperti selesema dan batuk.
Jangkitan itu sebenarnya membantu mereka membina sistem imun badan dan ketahanan jangkitan bagi penyakit kemudian hari.

Siri advertorial ini dibawa bersama Bulan Pemakanan Malaysia dan Pemakanan Wyenth. Ia merupakan kempen anjuran bersama Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) dan Persatuan Kaji Obesiti Malaysia (MASO).
Sekiranya anda mahukan banyak maklumat tentang pemakanan kanak-kanak, periksa status pemakanan meraka atau dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan dan diet yang berdaftar

MENONTON TV PUNCA GEMUK??!!

Percaya atau tidak, 30 peratus kanak-kanak di negara ini yang menghabiskan masa lapan jam sehari menonton televisyen dan bermain komputer didapati menghadapi masalah obesiti.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datin Asariah Mior Shaharuddin berkata, tumbesaran mereka akan terjejas sekiranya tabiat tidak baik itu terbawa-bawa sehingga mereka dewasa.
Beliau berkata, kaji selidik oleh Pusat Informasi Pemakanan Asia (AFIC) itu melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun di empat bandar raya Asia termasuk Malaysia.
"Justeru, ibu bapa diminta menumpukan sepenuh perhatian terhadap proses tumbesaran anak-anak khususnya dengan pengambilan diet yang seimbang,'' katanya.
Beliau berucap pada majlis pelancaran buku panduan khasiat Eat Right, Grow Right di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di sini hari ini.
Hadir sama, Naib Presiden GlaxoSmithKline (GSK) Sdn Bhd, Akhil Chandra, Ketua Pemasaran GSK, Pan Choi Yen dan Pengerusi Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM), Dr. Tee E Siong dan Pengarah Urusan GlaxoSmithKline, Puan Zarina Jamil.
Menurut Asariah, kajian AFIC menunjukkan penyakit obesiti di kalangan kanak-kanak semakin meningkat dan tidak mustahil mereka akan dijangkiti penyakit seperti diabetis, tekanan darah tinggi dan kardiovaskular apabila dewasa.
Sehubungan itu kata beliau, Kementerian Pelajaran yang telah melancarkan program 3K iaitu 'Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan', sangat gembira apabila NSM dan GSK melancarkan buku panduan khasiat untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
Beliau berkata, sejumlah 22,000 buku panduan tersebut akan diedarkan di semua sekolah seluruh negara dalam dua versi iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia manakala bahasa Mandarin untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) sahaja.
Aspek-aspek dalam buku setebal 25 muka surat itu termasuklah tabiat pemakanan yang sihat, tumbesaran fizikal, daya penglihatan, kecergasan fizikal dan perkembangan emosi.

SK TAMAN PERLING NAIB JOHAN KEJOHANAN HOKI BAWAH 12 (L) MSSD JOHOR BAHRU 2009

Pada 9 & 10 April 2009 telah belangsung Kejohanan Hoki Bawah 12 (L) peringkat daerah Johor Bahru yang berlangsung di Stadium Hoki, Bandaraya Johor bahru. disertai oleh 16 pasukan dan SK Taman Perling di undi dalam kumpulan D bersama-sama SK Taman U2, SK Seri kenanga & SK Taman Cempaka. setelah mengharungi perlawanan dalam kumpulan dengan 2x seri & 1x menang dengan 5mata, SK Taman Perling berjaya melangkah ke Suku Akhir dan setelah diundi akan bertemu dengan Johan Kump A, SK Tanjung Kupang. Menang dengan SK Tanjung Kupang bertemu SK Mohd Khir Johari diperingkat separuk akhir. SK Taman Perling menang 3-2 dengan kedua-dua perlawanan dimenangi melalui penalty strok. Layak ke Final sebagai pasukan underdog, SK Taman Perling Bertemu pula SK Taman Bukit Kempas sebagai pasukan pilihan dan johan menunggu. Sk Taman Perling di bawah binbingan jurulatih En Fauzi b. Che Ngah dan En Zainal b. Somingan (Cikgu Prasekolah jer) selaku Pengurus Pasukan tidak dapat menyekat kemaraan SK Taman Bukit Kempas dengan permainan dalam hujan lebat tewas 2-0. cuaca hujan memang mengganggu permainan kerana bola akan terhenti dengan takungan air yang semakin banyak serta kilat sabung menyabung seolah-olah tidak memahami pentas final tengah beraksi. kami terima keputusan ini dengan redho walaupun memahami hujan itu adalah rahmat dariNya.

KEPUTUSAN RASMI




Johan : SK Taman Bukit Kempas
N.Johan : SK Taman Perling
Ketiga : SK Mohd Khir Johari
Keempat: SK Taman Cempaka






Pemain Terbaik : SK Taman Bukit Kempas
Penjaring Terbanyak : SK Taman Bukit Kempas
Penjaga Gol Terbaik : SK Taman Perling








Nasrul Faiz b. Mohd Safari, berusia 7 tahun merupakan pemain paling muda dan paling kecil dan penyertaan kejohanan hoki tahun ini. ini merupakan tahun kedua beliau mewakili SK Taman Perling.




Meraikan kejayaan sekadar Naib Johan MSSD Johor Bahru 2009 dan penjaga gol terbaik kejohanan.


Bersalaman dengan pemain SK Taman Cempaka sebelum bermain peringkat Kump D.






Barisan pemain SK Taman Perling mengambil gambar sebelum aksi final.





SK Taman Perling beraksi dipentas Akhir bertemu SK Taman Bukit Kempas dalam cuaca hujan lebat. SK Taman Perling berjersi biru tewas 2-0.



4 orang pemain dari SK Taman Perling terpilih untuk ke latihan pusat bagi kejohanan peringkat MSSJ yang akan berlangsung 21-26 April di Pontian. mereka ialah Ahmad Razlan b. Ahmad Rafi (GK), Muhammad Asraf b. As'ari, Mohd Fahmi b. Rosli dan Muhammad Syazwan b. Mohd Zin.
TAHNIAH KEPADA PASUKAN YANG BERJAYA DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN INI TERUTAMA WARGA SK MOHD KHIR JOHARI SELAKU TUAN RUMAH KALI INI.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN.

Selasa, 7 April 2009

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT BERCUTI






HARI INI 8HB APRIL 2009 SEMUA WARGA JOHOR BERCUTI.

GURU PRASEKOLAH BERIJAZAH KESAN KEPADA KANAK-KANAK DAN NEGARA

Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa malah lebih dari itu. Guru adalah agen kepada keberkesanan pendidikan. Sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Seseorang guru perlu serba tahu baik dari segi mengajar, mendidik, memimpin malahan juga mengurus. Lantaran itu, sekiranya guru yang mengajar di prasekolah memiliki ijazah sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada kanak-kanak prasekolah dan negara amnya.


1. Kesan Kepada Kanak-kanak

Guru prasekolah berijazah sudah tentu mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi daripada guru yang tidak memiliki ijazah terutamanya dari segi ilmu dan teori-teori pembelajaran. Guru yang baik sahsiah, sudah tentu memberi kesan kepada kanak-kanak. Mereka menjadi contoh kepada kanak-kanak kerana guru berperanan sebagai pembentuk watak dalam proses penyesuaian diri kanak-kanak di prasekolah.

Guru prasekolah hendaklah mengetahui peranan mereka dalam mempelbagaikan aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat kepada kanak-kanak di kelas prasekolah. Guru juga berperanan sebagai pendorong yang menggalakkan pembelajaran kanak-kanak. Kanak-kanak belajar melalui permainan atau aktiviti tidak formal. Guru yang berpengetahuan akan berusaha menyediakan aktiviti pembelajaran yang menggembirakan dengan melibatkan kanak-kanak secara aktif. Aktiviti yang dirancang guru itu membolehkan kanak-kanak mencapai kejayaan di peringkat kebolehan mereka. Guru pula seharusnya tidak lokek memberi pujian kepada kanak-kanak yang berjaya mencuba. Dengan cara ini, akan dapat membantu kanak-kanak membina konsep diri yang positif. Di samping itu, dengan adanya aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik memberi kesan kepada diri kanak-kanak kerana ianya secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak ke sekolah setiap hari.

Guru yang berpengetahuan juga mempunyai pengaruh yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sikap dan sahsiah yang dimiliki seseorang guru menjadi contoh kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung, kanak-kanak akan memerhati dan seterusnya meniru kelakuan guru itu. Sebagai guru hendaklah menggunakan peluang untuk menunjukkan teladan yang baik serta menerapkan nilai-nilai positif kepada kanak-kanak. Kesannya amat besar kepada kanak-kanak sehingga boleh mempengaruhi tingkah laku hingga dewasa.


2. Kesan Kepada Negara

Guru adalah profesion yang bertanggungjawab mendidik dan memimpin masyarakat. Tidak dinafikan, sehingga hari ini, guru banyak menyumbang khidmat bakti dalam pembangunan bangsa dan negara lebih-lebih lagi dalam membentuk sahsiah pelajar.

Sebagai usaha memastikan guru di negara ini dapat berperanan seperti diharapkan, kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan empat strategi utama untuk memartabatkan profesion perguruan. Pertama, memantapkan aspek pemilihan bakal guru dan latihan. Kedua, memantapkan karier keguruan. Ketiga, memperbaiki persekitaran kerja guru dan keempat, meningkatkan keyakinan dan rasa bangga guru terhadap profesion keguruan. Strategi pertama dan kedua bersesuaian dengan topik yang dibincangkan di sini.

Kehadiran guru-guru berijazah mengajar di prasekolah memberikan kesan yang besar kepada negara kerana guru-guru berijazah mempunyai ilmu yang tinggi dari aspek pedagogi dan psikologi. Kanak-kanak di peringkat ini menerima sahaja apa yang diajar oleh guru-guru mereka tanpa ada rasa jelik. Justeru itu, ia akan membentuk akhlak yang baik apabila mereka dewasa kelak. Hal ini bersesuaian denga peribahasa ‘ melentur aur biarlah dari rebungnya’. Demikian antara peranan guru pada ketika ini. Mereka bukan saja menjadi contoh terbaik kepada masyarakat, bahkan peranan mereka lebih terbukti apabila negara hari ini berjaya melahirkan sumber tenaga manusia dalam pelbagai bidang.

KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mariani Md Nor, PhD
Fakulti PendidikanUniversiti Malaya
Pengenalan
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yangmemberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkanapakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana inginakan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu.
Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagikanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu.Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadikanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah,tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidakwujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanakkanak.
Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak keranamain menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.(Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik, memberipeluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanakkanakyang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadap adik tersebut.
Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepadakanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapatmembantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraua, 1990).
Main Dalam Kurikulum
Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang digunapakai.
Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektifkurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti:
i. main yang terancang
ii. main yang berstruktur
iii. main yang fleksibel
iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif
Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakanperkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah,khususnya dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermaknatanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions.
Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main.
Antaranya ialah:
i. mengalakkan imaginasi
ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba
iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial
iv. membina keyakinan diri
v. berorientasikan proses bukan hasil,
dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendirid an bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu darikaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
Trend Ikutan Abad ke 21
Mengikut trend terkini dalam sistem pendidikan prasekolah, kanak-kanak telah menjaditopik perbualan penting terutama jika isu pendidikan ditimbulkan. Isu kanak-kanak telahmenjadi fokus utama untuk segala pelakuan pihak-pihak yang tertentu baik ibu bapamaupun pembuat dasar polisi, individu perseorangan dan badan tertentu. Trend sebegini telah membawa kepada kedinamikan perancangan dan pengurusan bilik darjah prasekolah,khususnya dalam konteks di Malaysia.
Kurikulum Kebangsaan Prasekolah sering dijadikan sebagai panduan untuk prosespengajaran dan pembelajaran prasekolah. Malangnya kurikulum yang menjadi garispanduan unuk proses pembelajaran kanak-kanak tidak begitu nampak ketarapenggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali di prasekolah Annex. Inilah yang menjadi isu kepada ketidakseragaman amalan pengajaran pembelajaran dankurikulum yang dipelajari oleh kanak-kanak di mana-mana prasekolah yang wujud. Maupun wujud perbezaan ini, aktiviti bermain sentiasa dianggap sesuatu yang perlu wujud tidak mengambil kira jenis tadika, bilangan guru berkelayakan dan lain-lain.
Dalam konteks di Malaysia, program pendidikan prasekolah merupakan programtidak formal untuk murid berumur antara 4 hingga 6 tahun bertujuan untuk menyediakanmurid dengan kehidupan seharian dan juga persediaan menghadapi pendidikan formalsekolah rendah. Kurikulum Prasekolah ini dilaksanakan dengan menggunakan pelbagaipendekatan terutama bermain sambil belajar di samping pendekatan bersepadu danbertema serta ICT. Garis panduan yang sedemikian di dalam kurikulum prasekolahkebangsaan menampilkan satu persamaan iaitu penglibatan aktiviti menyeronokkan. Jelassekali pendekatan yang digunapakai menunjukkan keseriusan aktiviti bermain digunakanoleh guru yang kadang kala dianggap sebagai aktiviti yang dianggap banyak membuang masa kanak-kanak oleh sesetengah pihak.
Kepentingan bermain dalam dunia pendidikan kanak-kanak khususnya diprasekolah memerlukan orang dewasa sebagai individu yang bertanggungjawab dalam kehidupan belajar kanak-kanak. Salah satu peranan penting ialah mewujudkan persekitaran yang penuh kasih sayang dan merangsang minda serta fizikal kanak-kanak. Oleh itu, adalah penting bagi kita menggunakan kemahiran yang boleh membantu kanak-kanak untuk melaksanakan tanggungjawab kita dengan lebih baik.Seseorang kanak-kanak itu mula menyerap maklumat sejak dia dilahirkan (MariaMontessori). Maklumat-maklumat ini sebahagian besarnya diperolehi daripada ibu bapa.Oleh itu, ibu bapa bertanggunagjawab sepenuhnya dalam pembelajaran awal anak-anakmereka, dan peranan mereka sebagai guru adalah penting. Penglibatan ibu bapa dalamaktiviti bermain kanak-kanak boleh dihubungkaitkan dengan perkembangan intelek danemosi kanak-kanak ( Singer, 1973; Dun and Wooding, 1977). Suatu kajian berskala kecil(Manaf, Norimah, Sharifah, Wong, 2007) yang telah dilakukan oleh sekumpulan pelajar Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah penyeliaan penulis telah membuktikanbahawa penglibatan positif ibu bapa dapat meningkatkan tahap kekreatifan minda kanak-kanak. Begitu juga dalam kajian oleh Swadener and Hohnson (1989) yang telah membuktikan pendapat yang sama.
Kepentingan Main Dalam Kurikulum Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadappentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yangboleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon danbercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yangdigunapakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiri yangpositif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapatjawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000).“Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiencesthat have no right or wrong answers”Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak danekspresi kreatif mereka.
Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaransecara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour(1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi abstrakyang bermakna.Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yangbanyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting.Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act “as if” their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience.
Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanaktadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, &2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life. Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.
Perkembangan fizikal.
Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedarantentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktifmenggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Inimembolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasalebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanakmenghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidangamat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune&Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003).
Perkembangan sosial dan emosi
Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalamkebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998)menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanakuntuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapatmereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untukmeningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain,mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa.
Perkembangan Kognitif
Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajarankanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpastikemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001:Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes &Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979);memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993).
Jelas menunjukkan bahawa prosespembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa.Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alatpembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran danpembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberipanduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optimakepada kanak-kanak.
Peranan Guru Dalam Menggalakkan Main
Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan dipusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk menciptapersekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak.Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal,untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :
• Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dankemahuan-kemahuan dari pelbagai kumpulan kanak-kanak.
•Menyedari bahawa mengurus bilik darjah akan memerlukan keupayaan untukmelakukan pelbagai perkara serentak, membuat beribu keputusan serta merta setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan.
•Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidaklangsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkankepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakangpendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.
• Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kalamempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubunganinterpersonal. Mereka mungkin merasa cepat letih terutama dari segi mindaterhadap pelbagai program yang direncana dan dilaksanakan serentak.
• Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecualiguru itu seorang yang ‘belajar sepanjang hayat’, di mana sentiasa mengambil beratterhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang modelpelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat launakan berkurangan.
Hala Tuju Main dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Main seperti yang telah dibincangkan di atas mempunyai peranan penting dalamperkembangan kanak-kanak bukan sahaja dari aspek 3M tetapi juga dari aspek sahsiah dan tingkahlaku seseorang individu kanak-kanak. Kurikulum prasekolah kebangsaan khususnyasentiasa menggalakkan komunikasi dan imaginasi serta permainan yang dapat dan bolehmenarik minat dan menggembirakan kanak-kanak. Bagaimanapun apa yang berlaku ialahwalaupun kurikulum prasekolah kebangsaan sendiri mengalakkan permainan, kadangkadang terdapat tadika yang kurang memberi perhatian terhadap main.
Persoalannya adakah main tidak digunakan kerana ia membebankan kanak-kanak dan guru? Atau adakah main yang digunakan sebagai ganjaran untuk kanak-kanak selepas penat membuat aktiviti akademik lain di bilik darjah? Atau adakah main digunakan sebaik mungkin di bilik darjah kerana mereka yang mengajar seharusnya peka kepada maksud kaedah main sambil belajar? Adakah main hanya sebagai mitos teori idealist atau yang memang sepatutnya digunapakai? Kesimpulannya tepuk dada tanya minda khususnya untuk kesinambungan generasi celik akal baik di sekolah maupun di tempat lain.
.

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA


Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya.

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
.

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN KANAK-KANAK DI TASKA DAN PRASEKOLAH.

http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA%20PRASEKOLAH%202007.pdf







Terima Kasih