Memaparkan catatan dengan label makan kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan kek. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2010

SAMBUTAN HARI JADI.......

Hari ini 7hb, Panitia Pendidikan Prasekolah telah mengadakan Sambutan Hari Jadi bagi meraikan murid-murid prasekolah yang menyambut hari lahir pada bulan 1,2,3,4 dan 5. Julung-julung kali diadakan hasil kerjasama semua pihak menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru2, pembantu pengurusan murid, dan kepada kak pah (Shamin Bakery) atas sumbangan cenderahati untuk yang di raikan dan kek hari jadi. Berikut sedikit gambaran dalam majlis tersebut:-



Ucapan Puan Rabitah wakil GB yang tidak dapat hadir kerana ada tugas yang perlu diselesaikan, barisan GPK dan tetamu. Murid-murid yang diraikan, dan semua murid prasekolah SK Taman Perling 2010.

Yang diraikan sedang memotong kek sambil disaksikan semua yang hadir. 12 orang yang diraikan tetapi cuma 11 yang hadir. Majlis jamuan dimulakan. Menu istimewa hari ini.


Barisan GPK dan tetamu menikmati jamuan yang disediakan. Selamat menjamu selera.



Majlis penyampaian cenderahati sumbangan Syamin Bakery, kepada yang diraikan oleh Pn Rabitah Ab Ghafar selaku GPK 1.


Upacara Makan kek, masing2 menikmati dengan penuh lazat. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.


Jumpa Lagi. Babaiiiiiiiiiii..............................




..






Rabu, 24 Mac 2010

SAMBUTAN HARI JADI.......

Hari ni Khamis 24Hb Mac 2010, Ibu kepada Norhamieza bt Sihat telah bermurah hati untuk menyambut hari lahir anaknya bersama-sama rakannya di kelas Prasekolah 2, Sk Taman Perling. Berikut sedikit gambaran tentang majlis tersebut:-




Aktiviti memotong kek.
Menikmati juadah yang dimasak sendiri oleh emaknya untuk dinikmati bersama.


Ibu Hatijah sedang menyuapkan kek kedalam mulut masing-masing.


Sebelum balik, Hamieza sempat memberikan bungkusan untuk di bawa balik.............



Rabu, 4 November 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR NORLAILATUL QADARIAH BINTI ZAINAL

Hari ini 4hb November bersamaan dengan tarikh lahir Norlailatul Qadariah dan berbesr hati untuk menyambut bersama-sama dengan rakan sekelasnya dengan memberikan jamuak dan beberapa keping jajan untuk dibawa balik. Berikut sedikit gambaran sekitar majlis sambutan tersebut.





..

Sabtu, 27 Jun 2009

KAMI MAKAN KEK LAGI...........

Hai, Hari ini 26hb Jun 2009 kami murid-murid prasekolah 2 sk Taman Perling dapat makan kek lagi. Jutaan terima kasih kepada Kak Pah (Shamin Bakery) kerana berbesar hati memberikan sumbangan kek yang sangat-sangat digemari. kek ni dah la ada warna-warni, sedap pulaktu. kepada mereka yang diluar sana sekiranya ingin memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun kami akan terima.












.

Isnin, 18 Mei 2009

Selamat Hari Jadi Aishah.

Hari ini, 15hb Mei 2009 Prasekolah 2, SK Taman Perling menyambut hari jadi Siti Aishah. Untuk itu semua telah membacakan doa diketuai ileh cikgu Zainal dan seterusnya memotong kek. Ibu Aishah telah bermurah hati menjamu rakan-rakan aishah dengan membawa 2 biji kek juga untuk cikgu Zainal dan Ibu.



Setelah Aishah memotong kek, semua kawan-kawan Aishah mengucapkan selamat Hari Jadi dan mengucapkan terima kasih. Semua anak-anak ciikgu zainal disuap kek oleh Ibu.

Tengok tu, memang suka sangat-sangat dengan kek sampai bersepah kat mulut. sedap sangat lah tu agaknya sehingga menjilat jari.
Terika Kasih Aishah, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

..