Memaparkan catatan dengan label Kreativiti dan Estetika. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kreativiti dan Estetika. Papar semua catatan

Selasa, 3 Julai 2012

Khamis, 22 Oktober 2009

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA

Hari ini Khamis 22 Oktober telah berlangsungnya penyerahan Tabung yang telah dihasilkan hasil kreativiti Cikgu Zainal selaku Guru Prasekolah 2 kepada pemilik masing-masing. Pada awal tahun setiap murid telah diberikan tabung untuk Murid-murid menyimpan sedikit demi sedikit duit syiling yang datang daripada sumbangan Ibubapa, kawan-kawan yang membuat sambutan hari jadi di kelas, sumbangan duit raya, sumbangan derma2 daribada Hamba Allah dan ada yang membawa duit dari rumah sekitar 10 sen@20 sen. (tiada paksaan) Di akhirnya Murid-murid ini berjaya membuat tabungan dan melayakkan mendapat Tabung Simpanan BSN (seperti didalam gambar) hasil daripada berjimat cermat, sedikit-sedikit lama lama menjadi bukit. Berikut sedikit gambaran majlis tersebut.








..

Khamis, 6 Ogos 2009

KREATIVITI & ESTETIKA (INDIVIDU)

Hari ini buat P & P simple tapi menarik. Guna bahan terpakai (bukan terbuang). Straw minuman telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan corak menggunakan teknik tiupan. Lihatlah bingkisan untuk rakan guru prasekolah semalaysia (1 Malaysia). Ha ha ha ha .... ok tak???










..

Isnin, 27 Julai 2009

KENDERAAN DI AIR (AKTIVITI INDIVIDU)

Hari Khamis yang lalu masih lagi tema kenderaan di air. saya cuba la buat aktiviti individu dalam komponen Kreativiti & Estetika menggunakan kaedah kolaj. cantik juga la hasil kerja dia orang ni. Tapi ada juga yang tak siap setelah tamat masa yang ditetapkan. ( tidak ada dalam gambar). ni hasil kerja diaorang untuk tatapan semua......




..

Khamis, 23 Julai 2009

MURID PRASEKOLAH MAIN BOWLING (FIZIKAL + KOGNITIF)

Sempena dengan Tema Kenderaan Air ni, sempat la guna aktiviti yang telah dicadangkan oleh rakan blogger Cikgu Prasekolah. Dalam aktiviti ini banyak komponen boleh disatukan antaranya fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi dan kreativiti dan estetika.
..
Fizikal: perkembangan moto halus, mewarna, menggunting, menampal, membaling bola.
Kognitif : Mengenal warna, mengira jumlah botol yang jatuh, seriasi.
Bahasa : bertutur dengan cara yang betul, bersoal jawab, mendengar arahan.
Sosioemosi : Bersabar menunggu giliran, bertolak angsur.
Kreativiti & Estetika : menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan pin boling, mewarna dalam ruangan tertentu, menghasilkan binaan.
lain2 boleh difikirkan lagi.


"Selamat Mencuba"

KREATIVITI DAN ESTETIKA (BINAAN BAHAN TERBUANG)

/>

Rabu, 17 Jun 2009

KREATIVITI & ESTETIKA (KUCING)

Salam, Hai.... lama tak update blog. bukan tak de bahan tapi tak sempat la. busy memanjang. apa yang penting P&P berjalan seperti biasa. Semalam slot 1 jam sempat la buat kucing menggunakan kotak tisu. ala, dah biasa sangat tiap-tiap tahun kalau sampai tema haiwan jinak mesti buat ini, kira mcm favourite la. tapi sebenarnya bergantung kepada perkembangan kanak-kanak.








..