Memaparkan catatan dengan label sumbangan kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sumbangan kek. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2010

SAMBUTAN HARI JADI.......

Hari ini 7hb, Panitia Pendidikan Prasekolah telah mengadakan Sambutan Hari Jadi bagi meraikan murid-murid prasekolah yang menyambut hari lahir pada bulan 1,2,3,4 dan 5. Julung-julung kali diadakan hasil kerjasama semua pihak menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru2, pembantu pengurusan murid, dan kepada kak pah (Shamin Bakery) atas sumbangan cenderahati untuk yang di raikan dan kek hari jadi. Berikut sedikit gambaran dalam majlis tersebut:-



Ucapan Puan Rabitah wakil GB yang tidak dapat hadir kerana ada tugas yang perlu diselesaikan, barisan GPK dan tetamu. Murid-murid yang diraikan, dan semua murid prasekolah SK Taman Perling 2010.

Yang diraikan sedang memotong kek sambil disaksikan semua yang hadir. 12 orang yang diraikan tetapi cuma 11 yang hadir. Majlis jamuan dimulakan. Menu istimewa hari ini.


Barisan GPK dan tetamu menikmati jamuan yang disediakan. Selamat menjamu selera.



Majlis penyampaian cenderahati sumbangan Syamin Bakery, kepada yang diraikan oleh Pn Rabitah Ab Ghafar selaku GPK 1.


Upacara Makan kek, masing2 menikmati dengan penuh lazat. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.


Jumpa Lagi. Babaiiiiiiiiiii..............................




..






Khamis, 8 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI JADI ( PUTERA MUZAMMIL MOHD ARMAN)

Hari ini 8hb Oktober adalah hari jadi seorang murid prasekolah 2. Keluarganya telah bermurah hati untuk menyambutnya bersama rakan-rakan sekelasnya. acara dimulakan dengan upacara bacaan doa selamat oleh cikgu zainal dan seterusnya upacara memotong kek.


Aturcara diteruskan lagi dengan menikmati kek yang telah dipotong. Ibu telah sudi melayan anak-anak dengan menyuap kedalam mulut masing-masing.




wau, lazat sungguh kek ni. tengok tu, menanti giliran untuk disuap dengan penuh sabar sekali.





Upacara disudahi dengan penyampaian sedikit jajan (bungkusan air kotak, wafer dan asam2) untuk dibawa balik.




Terima Kasih Muzammil, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
..

Isnin, 18 Mei 2009

SUMBANGAN KEK SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Hari ini 18 mei 2009, Sk Taman Perling mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang dihadiri oleh semua murid sesi pagi dan petang, pendidikan khas dan prasekolah. Ketika sedang mendengar amanat Menteri Pelajaran yang dibacakan oleh Tn Hj Abd Aziz Mahmood tiba-tiba saya menerima panggilan yang tidak dipaparkan nama pemanggilnya ini bermakna bukan dalam senarai kenalan. Rupa-rupanya kak pah (Shamin Bakery) dengan mulia hati dan tulus Ikhlas memberi sumbangan kek sempena sambutan hari guru untuk murid-murid prasekolah SK Taman Perling.


Berikut sedikit cebisan yang sempat saya amik gambar untuk tatapan pengunjung blog ini.

















Terima kasih Daun Keladi untuk kak pah semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa dalam lindunganNya. Terima lah pantun dari saya wakil Prasekolah Sk Taman Perling.



Inang-inang padi Pak Daik,

Padi tak sama rupa bunganya;

Sungguh kukenang budi yang baik,

Tidak kulupa selama-lamanya.











..