Khamis, 8 Oktober 2009

SAMBUTAN HARI JADI ( PUTERA MUZAMMIL MOHD ARMAN)

Hari ini 8hb Oktober adalah hari jadi seorang murid prasekolah 2. Keluarganya telah bermurah hati untuk menyambutnya bersama rakan-rakan sekelasnya. acara dimulakan dengan upacara bacaan doa selamat oleh cikgu zainal dan seterusnya upacara memotong kek.


Aturcara diteruskan lagi dengan menikmati kek yang telah dipotong. Ibu telah sudi melayan anak-anak dengan menyuap kedalam mulut masing-masing.




wau, lazat sungguh kek ni. tengok tu, menanti giliran untuk disuap dengan penuh sabar sekali.





Upacara disudahi dengan penyampaian sedikit jajan (bungkusan air kotak, wafer dan asam2) untuk dibawa balik.




Terima Kasih Muzammil, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan