Memaparkan catatan dengan label lawatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lawatan. Papar semua catatan

Jumaat, 14 September 2012

LAWATAN KE LEGOLAND MALAYSIA 2012

Pada 14 september yang lalu, Panitia Prasekolah telah mengadakan lawatan ke sekitar Nusajaya dan Taman Tema Legoland. Berikut sedikit gambaran aktiviti tersebut. 




Penyerahan tiket Taman Tema Legoland Oleh Tuan Guru Besar kepada guru pengiring.








Pemandangan di Puteri Harbour 



 Menyaksikan raptai penuh upacara pembukaan rasmi.

 Di luar pintu masuk.

 Berbaris untuk masuk di pintu utama.

 Menaiki kereta api.





 Persembahan Badut.




Menyaksikan wayang 4G.






 Marilah kita pulang.


 Sampai di sekolah pada jam 4.30 petang.




Khamis, 12 November 2009

LAWATAN PRASEKOLAH KE NUSAJAYA DAN BANDARAYA JOHORBAHRU

Hari ni 12hb hari yang sangat-sangat dinantikan oleh semua murid prasekolah. Setelah lawatan ke bomba ditolak maka Destinasi kami pun ke Nusajaya dan Bandaraya Johorbahru.


Pertama kali menaiki bas menyebabkan terdapat murid yang duduk dia seribu bahasa.


Sempat berposing di Pelabuhan Puteri Harber. Best sangat.


Lokasi seterusnya Zoo Johor. Siapa ada MR & MRS mat salih tumpang amik gambar dengan murid prasekolah.



Semua berkaca mata hitam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Setelah penat melanda, maka destinasi seterusnya Marybrown Danga Street. Nyum2.





Pengurus Besar Marybrown sedang memberi free gift kepada semua.
..



Selasa, 3 November 2009

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU KE PULAU LANGKAWI

Pada 30hb Oktober, rombongan Guru-guru Prasekolah Daerah Johor Bahru telah mengadakan lawatan penanda aras ke beberapa buah prasekolah di Pulau Langkawi. Berikut sedikit gambaram lawatan tersebut.



Sebelum bertolak sempat juga mendengar sedikit amanat daripada PPDR, En Jamarudin Abd Rahman di dalam bas.


Ketika dalam perjalanan, masing-masing lena diulit mimpi. Berhenti dihentian R & R air keroh untuk minum malam dan R & R Bukit Merah untuk menunaikan solat fardu subuh.




Menikmati sarapan nasi lemak daun pisang sumbangan bapak mertua. Terasa sedap sangat dan berasa, maklumlah beras baru. Rasa macam nak lagi jer.





Ketibaan kami dijeti Kuala Perlis disambut oleh JU Prasekolah Perlis (berbaju hijau) sambil dihidangkan laksa Perlis.




Pemandangan didalam feri dan sekitar kawasan jeti Kuala Perlis.






Memandangkan perjalanan yang jauh dfan memenatkan, didalam feri pun masih sempat lena lagi. Tilam empuk la yang diimpikan.







Membuat kunjungan salam ke Haji Ismail Group untuk meninjau-ninjau apa yang dipamirkan dan berangan-angan untuk memilikinya.












Kunjungan ke kilang gamat. borong la segala macam produk gamat.







Langkawi Cabble Car, tidak sah sekiranya tidak menaiki kereta kabel pulau langkawi.






Sekitar Pemandangan dikawasan Prasekolah SK Pekan Kuah, bersebelahaqn dengan PPD Langkawi.










Pemandangan dikawasan Beras Terbakar Padang Mat Sirat, dan menikmati Ikan Bakar Pulau Langkawi.











Pemandangan dikawasan makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Tinggalan Mahsuri, Panggung Mek Mulong dan galeri sejarah.







Penulis sempat mengambil gambar di Dataran Lang dan Kapal layar Jalur gemilang yang digunakan oleh Dato' Azhar Mangsur mengelilingi Dunia.











Sarapan terakhir sebelum meninggalkan Pulau Lagenda ini.







Wah, bukan main berselera sekali menikmati laksa penang sumbangan Cikgu Aida sekeluarga. Keluarganya berbesar hati menjamu kunjungan kami seramai 40orang.
Ambilkan saya buah Delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Terima kasih daun keladi,
kami datang nak makan laksa lagi.
Johor Bahru destinasi dituju. Terima kasih kepada semua...................
..

Sabtu, 9 Mei 2009

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Minggu ini SK Taman Perling dengan kerjasama PIBG telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi sambil disertai murid-murid dan guru-guru pengawas. bagi mengingati kemeriahan tersebut, saya paparkan beberapa kenangan saya bersama-sama rakan-rakan guru prasekolah ketika mengadakan Lawatan Banch Mark ke Pulau Langkawi anjuran bersama Panitia Prasekolah Daerah Pasir Gudang bersama PPD Pasir Gudang.


Tengok sendiri lah aktiviti kita orang, melawat kilang gamat, padang mat sirat, muzium lagenda, dataran lang dengan wajah-wajah ceria. En Syawal n En Md Shar tengah memilih jamu gamat tu. untuk tambah tenaga kot. ha ha ha

Pertama kali menaiki cable car memang takut, tapi bila dah sampai ke atas gunung mat cincang rasa seronok sangan dengan pemandangan yang menarik dan angin sepoi2 language, hilang segala rasa takut. Pn Norliza (GPK SK Pelangi Indah) tengah berposing di perhentian laluan cable car.

Gambar diatas ketika membuat lawatan Banch Mark ke Prasekolah SK Kebun Pinang.


wah, pilih-pilih, murah-murah nie. ketika di Idaman Suri.
Tengok, memborong sakan ketika di Hj Ismail Group. sampai kepenatan dan pekena laksa belut. peh, power sangat-sangat sampai meleleh...........
Iza, tambah 2x makan laksa belut. jarang dapat ni, kt jb tak de pun. kalau kat kelantan memang la tak pernah dengar pun. power tak????

pemandangan balik setelah tiba di jeti Kuala Perlis, En Md Shar memeriksa barang takut2 tertingal di hotel pulak.

ok sampai jumpa lagi.... tapi ini semua tinggal kenangan kerana saya telah berpindah ke PPD JB.

......