Memaparkan catatan dengan label Latar Belakang prasekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Latar Belakang prasekolah. Papar semua catatan

Selasa, 7 April 2009

6 KOMPONEN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1) Bahasa & Komunikasi
2) Perkembangan Kognitif
3) Kreativiti & Estetika
4) Sosioemosi
5) Pendidikan Agama Islam & Moral
6) Perkembangan Fizikal

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.

VISI"
Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"

MISI
Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.

LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991

Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM melaksanakan Program Prasekolah.Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.
AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001

Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah

Selasa, 3 Mac 2009

Sejarah Prasekolah SK Taman Perling


Kelas Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Perling telah dibuka pada 1 Januari 1992 dengan sebuah kelas yang menempatkan murid-murid 5-6 tahun. Pada tahun 2007 kelas prasekolah yang ke dua telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada sesi persekolahan 2008. Ini bermakan Sekolah Kebangsaan Taman Perling kini memiliki 2 kelas Prasekolah iaitu Prasekolah 1 dan Prasekolah 2.