Sabtu, 27 Jun 2009

MESYUARAT PENGURUSAN KARNIVAL PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

Pada 25hb Jun yang lalu, satu mesyuarat karnival prasekolah zon skudai telah diadakan di SK Kompleks Uda. Berikut ada sedikit bingkisan untuk tatapan rakan-rakan.




Dalam ramai-ramai guru perempuan terselit 2 jejaka asing pulak. diantara orang kuat Zon Skudai ni. Ha ha ha ha ha.....

KAMI MAKAN KEK LAGI...........

Hai, Hari ini 26hb Jun 2009 kami murid-murid prasekolah 2 sk Taman Perling dapat makan kek lagi. Jutaan terima kasih kepada Kak Pah (Shamin Bakery) kerana berbesar hati memberikan sumbangan kek yang sangat-sangat digemari. kek ni dah la ada warna-warni, sedap pulaktu. kepada mereka yang diluar sana sekiranya ingin memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun kami akan terima.












.

Isnin, 22 Jun 2009

SELAMAT DATANG, GPK BARU

Hari ini SK Taman Perling mengalu-alukan kedatangan Pn Rabitah binti A.Ghaffar selaku Guru Penolong Kanan 1 menggantikan Tn Hj Abd Aziz bin Mahmood yang telah berpindah menjadi Guru Besar di SK Sungai Melayu. Semoga dengan Kehadiran Pn Rabitah selaku GPK 1 akan dapat memantapkan organisasi SK Taman Perling.

Sabtu, 20 Jun 2009

SELAMAT HARI BAPA

Father's Day Myspace Comments
MyNiceSpace.com


Pihak kami prasekolah sk taman perling mengucapkan selamat hari bapa kepada semua yang bergelar bapa tidak kira dimana saje berada.


..

Rabu, 17 Jun 2009

KREATIVITI & ESTETIKA (KUCING)

Salam, Hai.... lama tak update blog. bukan tak de bahan tapi tak sempat la. busy memanjang. apa yang penting P&P berjalan seperti biasa. Semalam slot 1 jam sempat la buat kucing menggunakan kotak tisu. ala, dah biasa sangat tiap-tiap tahun kalau sampai tema haiwan jinak mesti buat ini, kira mcm favourite la. tapi sebenarnya bergantung kepada perkembangan kanak-kanak.








..

Isnin, 1 Jun 2009

SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Santai-santai Sambil berkaraoke.....

Malam menjelang Kejohanan Olahraga Prasekolah di Mersing kami santai-santai sambil berkaraoke. memang cikgu prasekolah hari-hari menyanyi tapi lagu tiga kupang jer. ini lah masanya nak mensumbangkan lagu-lagu. lebih-lebih lagi pihak tuan rumah tidak menyediakan macam tahun-tahun lepas, Pontian (2008) Segamat (2007) Kulai (2006). tapi itu semua bukan penghalang untuk kami berehat sambil minim-minum & makan-makan. sempat jugak kami mengunjungi D'RimBa Challet & Restaurant. memang kami terhibur la malam tersebut.........


Jumpa kawan lame masa belajar dulu.........

Gambar ini diambil di Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor di MRSM Mersing. Dah lama sangat tak jumpa dia nie, (Amirul Zamani Abdullah) masa dia ngajar di Pulau Tioman sempat aku g kursus d sana tapi tak jumpa dia. jauh lagi kena tukar bot baru sampai tekek. Tahun nie dia pindah Segamat, jadi boleh la terjumpa. tapi minta maaf la, pasukan segamat masih banyak lagi kena belajar yang tak mampu untuk menyaingi Johor Bahru. Anyway Tahniah jugak lah.

PASUKAN JOHOR BAHRU DI KEJOHANAN OLAHRAGA PRASEKOLAH NEGERI JOHOR

Pada 31hb Mei yang lalu, Pasukan Prasekolah Johor Bahru telah berkumpul di STAR 1 seawal jam 7.30 pagi untuk menyertai Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor yang berlangsung di MRSM Mersing. Berikut sedikit catatan untuk makluman dan rujukan rakan-rakan. Terima Kasih.











































Terima Kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan, tenaga dan sebagainya sehingga berjalan dengan jayanya.
Jutaan Terima Kasih, Jumpa tahun depan di Daerah Kota Tinggi.
..