Memaparkan catatan dengan label daftar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label daftar. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Januari 2011

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2011

Pada 29 Disember yang lalu telah diadakan Pendaftaran Murid-murid Prasekolah SK Taman Perling untuk kemasukan sesi 2011. Pendaftaran berjalan dengan lancar dan satu mesyuarat Majlis Permuafakatan berjaya dijalankan dengan jayanya. Majlis turut dihadiri GPK Petang, Tuan Haji Abdul Rahim bin mahdon. Berikut sedikit gambaran perjalanan majlis tersebut.


 Barisan AJK Majlis Permuafakatan Prasekolah 2011.
 Ucapan dan Amanat oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Mahon, GPK Petang SK Taman Perling
Jutaan Terima Kasih kepada semua yang turut menjayakan majlis tersebut.



..

Rabu, 9 September 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM
Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM
Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).
ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.(1 Jan 2010)
iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.
iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.
v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.
Kepada ibubapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak/anak jagaan mereka memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sila dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut di sekolah-sekolah yang berhampiran tempat kediaman anda.
Inginkan yang terbaik untuk anak anda? Kelebihan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia :
1. Diajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang prasekolah..ni sangat penting bukan ambil berkelulusan SPM yang tangkap muat aje nak ajar budak2 kecil ni..kat negara2 barat tenaga pengajar prasekolah ada yg berkelulusan PhD. Kelas agama juga diajar oleh guru berpendidikan agama.
2. Pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan - silibus mengikut kurikulum prasekolah kebangsaan,komputer,lawatan,karnival prasekolah,sukan prasekolah dan banyak lagi.
3. Tiada yuran bulanan-yuran yang tinggi belum pasti menjamin kecemerlangan anak-anak!.
4. Menu yang disediakan berkhasiat - bukan 'bibik' yang masak tau, tapi pembantu pengurusan murid. kesian kat anak-anak yang pergi tadika mahal2 sesetengahnya diberikan makanan yang tak berbaloi dengan yuran yang dibayar.
5. No 'skill and drill' but learning through play..program berfokuskan kemahiran dan berpusatkan guru menunjukkan prstasi yang baik dalam jangka masa pendek sahaja dan boleh membunuh minat untuk belajar.prasekolah menekankan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,bukan kognitif sahaja
..