Memaparkan catatan dengan label waktu prasekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label waktu prasekolah. Papar semua catatan

Ahad, 22 Julai 2012

WAKTU PERSEKOLAHAN KETIKA DIBULAN RAMADHAN

Kepada semua Ibubapa/Penjaga
Murid prasekolah SK Taman Perling.

Waktu persekolahan ketika bulan Ramadhan masih sama seperti waktu persekolah biasa PdP akan bermula jam 7.30 - 11.30. Panitia Prasekolah tidak menyediakan sarapan pagi dan makan ketika rehat. Waktu rehat akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti salawat dan menonton cerita kisah-kisah nabi. Semua makanan akan dibungkus dan dibekalkan seminggu sekali sahaja pada setiap hari jumaat. Setiap murid akan dibekalkan beg kertas dan beg tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada kami untuk kegunaan minggu  berikutnya. 


Sekian Terima Kasih.

Ketua Panitia Prasekolah
Cikgu Zainal bin Somingan.

Rabu, 6 Januari 2010

PENAMBAHAN WAKTU BELAJAR PRASEKOLAH TINGKATKAN PENDIDIKAN



JOHOR BAHARU, 4 Jan - Kementerian Pelajaran berharap waktu pembelajaran di pra sekolah selama empat jam sehari mulai sesi persekolahan tahun ini dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tambahan waktu pembelajaran itu berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini dapat memastikan kanak-kanak mendapat pembelajaran yang secukupnya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan.
"Dianggarkan kemasukan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di peringkat pra sekolah adalah sebanyak 67 peratus ketika ini. Saya yakin, usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan pra sekolah kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun dapat dicapai menerusi penambahan waktu ini," katanya.
Wee yang juga anggota parlimen Ayer Hitam berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2, di sini, Isnin.
Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Jessica Lim turut menghantar anak lelaki mereka, Julian Wee Yu Hao, 7, yang memasuki tahun satu di sekolah itu.
Wee berkata jadual pembelajaran selama empat jam itu sudah diamalkan di kebanyakan negara maju.Katanya, satu garis panduan juga sudah dikeluarkan bagi menjamin pendidikan yang berkualiti termasuk akan menempatkan guru berkelulusan ijazah di setiap pra sekolah.
Dalam pada itu, Wee turut memberi amaran kepada pengusaha pra sekolah swasta supaya tidak menaikkan yuran persekolahan ekoran penambahan waktu itu serta tidak mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga barangan seperti gula.
-BERNAMA