Rabu, 23 Februari 2011

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum.................
Kami Warga kerja Panitia Prasekolah SK Taman Perling Mengalu-alukan kedatangan Pegawai-pegawai KPM ke Prasekolah SK Taman Perling.




..

Jumaat, 18 Februari 2011

PEMBELAJARAN YANG MENARIK

Sesi pembelajaran yang menarik dan kreatif dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dengan lebih berkesan.





..

Khamis, 10 Februari 2011

RAWATAN GIGI

Hari ini 10 Februari 2011, Kakitangan Klinik Pergigian Tampoi telah mengadakan taklimat tentang penjagaan gigi di Prasekolah SK Taman Perling. Jutaan terima kasih diucapkan dan berikut sedikit gambaran mengenai lawatan tersebut.







..

Rabu, 9 Februari 2011

MESYUARAT PANITIA PRASEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU

Pada hari ini, Rabu 9 Februari 2011 bertempat di SK Taman Suria Johor bahru telah diadakan Mesyuarat Panitia Prasekolah Daerah Johor bahru. Tahniah kepada prasekolah SK Taman Perling kerana telah terpilih sekali lagi untuk menjadi Naib Pengerusi Panitia Prasekolah Daerah bagi sesi 2011. berikut sedikit gambaran dalam mesyuarat tersebut.




..

Isnin, 3 Januari 2011

HARI PERTAMA SESI PERSEKOLAH 2011


Hari ini 3 Januari 2011, hari pertama sesi persekolahan murid-murid prasekolah. Pelbagai ragam yang dapat digambarkan, ada yang menangis bagi yang belum pernah bersekolah dan tak kurang juga ada yang nak lari balik.............











..


Sabtu, 1 Januari 2011

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2011

Pada 29 Disember yang lalu telah diadakan Pendaftaran Murid-murid Prasekolah SK Taman Perling untuk kemasukan sesi 2011. Pendaftaran berjalan dengan lancar dan satu mesyuarat Majlis Permuafakatan berjaya dijalankan dengan jayanya. Majlis turut dihadiri GPK Petang, Tuan Haji Abdul Rahim bin mahdon. Berikut sedikit gambaran perjalanan majlis tersebut.


 Barisan AJK Majlis Permuafakatan Prasekolah 2011.
 Ucapan dan Amanat oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Mahon, GPK Petang SK Taman Perling
Jutaan Terima Kasih kepada semua yang turut menjayakan majlis tersebut.



..

Isnin, 27 Disember 2010

TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT PRASEKOLAH KEBANGSAAN


Hari ini, bertempat di SK Angkatan Tentera Johor Bahru, satu taklimat Sistem maklumat Praseklah Kebangsaan untuk semua guru-guru prasekolah daerah johor Bahru telah berjalan dengan jayanya.


Isnin, 19 Julai 2010

PENDAFTARAN KEMASUKAN PRASEKOLAH TAHUN 2011

Perhatian kepada semua Ibubapa/Penjaga murid Prasekolah.

Pendaftaran murid-murid Prasekolah bagi kemasukan sesi 2011 telah dibuka sekarang. Semua permohonan hendaklah menggunakan aplikasi on line @ permohonan secara talian. sila click di sini

Sebarang pertanyaan dan masalah sila berhubung terus ke sekolah  yang berhampiran.

Terima Kasih.

Jumaat, 7 Mei 2010

SAMBUTAN HARI JADI.......

Hari ini 7hb, Panitia Pendidikan Prasekolah telah mengadakan Sambutan Hari Jadi bagi meraikan murid-murid prasekolah yang menyambut hari lahir pada bulan 1,2,3,4 dan 5. Julung-julung kali diadakan hasil kerjasama semua pihak menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru2, pembantu pengurusan murid, dan kepada kak pah (Shamin Bakery) atas sumbangan cenderahati untuk yang di raikan dan kek hari jadi. Berikut sedikit gambaran dalam majlis tersebut:-



Ucapan Puan Rabitah wakil GB yang tidak dapat hadir kerana ada tugas yang perlu diselesaikan, barisan GPK dan tetamu. Murid-murid yang diraikan, dan semua murid prasekolah SK Taman Perling 2010.

Yang diraikan sedang memotong kek sambil disaksikan semua yang hadir. 12 orang yang diraikan tetapi cuma 11 yang hadir. Majlis jamuan dimulakan. Menu istimewa hari ini.


Barisan GPK dan tetamu menikmati jamuan yang disediakan. Selamat menjamu selera.



Majlis penyampaian cenderahati sumbangan Syamin Bakery, kepada yang diraikan oleh Pn Rabitah Ab Ghafar selaku GPK 1.


Upacara Makan kek, masing2 menikmati dengan penuh lazat. Terima Kasih kepada semua yang menjayakan majlis ini.


Jumpa Lagi. Babaiiiiiiiiiii..............................




..






Khamis, 8 April 2010

TEMA : MAKANAN

P & P hari ni diteruskan dengan pembelajaran yang menarik.........................
ikuti sendiri mcm mana nak buat cocktail yang sangat enak...............



































































WARGA KERJA KLINIK KESIHATAN TAMPOI MENYERBU PRASEKOLAH...............

Hari ini, 8hb April prasekolah Sk Taman Perling telah dilawati oleh pegawai perubatan untuk membuat rawatan kesihatan secara rutin tahunan. Berikut sedikit gambaran sekitar rawatan tersebut:-





Rabu, 7 April 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2010

Hari ini selasa, 6hb April 2010 telah berlangsung
Kejohanan Olahraga Prasekolah Zon Skudai 2010.
Berikut sedikit gambaran Majlis tersebut.






















Sabtu, 27 Mac 2010

PERSEMBAHAN PRASEKOLAH SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Sempena dengan Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG, murid-murid prasekolah SK Taman Perling yang terpilih telah mempersembahkan nyanyian dan gerakan hasil bimbingan Cikgu Zainal. Berikut gambaran sekitar persembahan tersebut........

Rabu, 24 Mac 2010

SAMBUTAN HARI JADI.......

Hari ni Khamis 24Hb Mac 2010, Ibu kepada Norhamieza bt Sihat telah bermurah hati untuk menyambut hari lahir anaknya bersama-sama rakannya di kelas Prasekolah 2, Sk Taman Perling. Berikut sedikit gambaran tentang majlis tersebut:-




Aktiviti memotong kek.
Menikmati juadah yang dimasak sendiri oleh emaknya untuk dinikmati bersama.


Ibu Hatijah sedang menyuapkan kek kedalam mulut masing-masing.


Sebelum balik, Hamieza sempat memberikan bungkusan untuk di bawa balik.............



Sabtu, 6 Februari 2010

PROGRAM LONJAKKAN PRESTASI PRASEKOLAH

Hari ini, Sabtu 6hb Februari Panitia Prasekolah telah mengadakan Program Lonjakkan Prestasi bertempat di Bilik Mesyuarat PIBG SK Taman Perling. Bertujuan antara lain menerangkan aktiviti2 yang akan diadakan, memaklumkan tentang KSPK 2010 dan perlaksanaannya, Mendedahkan kepada Ibubapa tentang penggunaan Kaedah Kalam agar ibubapa dapat mengajar anak-anak ketika di rumah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Zainal, Ucapan Ringkas Pentadbir sekolah (Pn Hajjah Fatimah), Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah (Tn Hj Raden Pangat) dan seterusnya Perlaksanaan program oleh Ketua Panitia rasekolah Sk Taman Perling (Cikgu Zainal). Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi. Berikut sedikit gambaran sepanjang berlangsungnya program tersebut.






Dengan berjayanya program ini, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan dengan lancar dan teratur.
wassalam.
..