Memaparkan catatan dengan label selamat hari guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label selamat hari guru. Papar semua catatan

Isnin, 25 Mei 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2009

Pada 18hb mei yang lalu, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat SK Taman Perling. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG serta pelbagai acara menarik tirut disertai bagi menghiburkan sambutan hari guru kali ini. Bagi acara sukan seperti tiup belon, jambatan sg perling, tapak gergasi, lilin berapi dan banyak lagi. Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.































































Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan hari guru 2009, pengusaha kantin yang sudi menyumbangkan kek 2 tingkat dan mereka yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung.
" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"





GAMBAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Gambar nie diambil sempena sambutan hari guru. yang ada bulatan biru tu cikgu prasekolah 1 (Pn Nasitof bt Othman) yang ada bulatan merah tu cikgu prasekolah 2 (En Zainal bin Somingan) bersama dengan semua guru-guru sesi pagi..




Gambar yang kat bawah nie adalah staff sokongan SK Taman Perling 2009. yang ada bulat biru tu PPM Prasekolah 1 ( Pn Sa'adiah) dan yang ada bulatan merah tu PPM Prasekolah 2 (Pn Hatijah).


ok, semoga berpuas hati dengan catatan ini.




Terima Kasih.

Isnin, 18 Mei 2009

SUMBANGAN KEK SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Hari ini 18 mei 2009, Sk Taman Perling mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang dihadiri oleh semua murid sesi pagi dan petang, pendidikan khas dan prasekolah. Ketika sedang mendengar amanat Menteri Pelajaran yang dibacakan oleh Tn Hj Abd Aziz Mahmood tiba-tiba saya menerima panggilan yang tidak dipaparkan nama pemanggilnya ini bermakna bukan dalam senarai kenalan. Rupa-rupanya kak pah (Shamin Bakery) dengan mulia hati dan tulus Ikhlas memberi sumbangan kek sempena sambutan hari guru untuk murid-murid prasekolah SK Taman Perling.


Berikut sedikit cebisan yang sempat saya amik gambar untuk tatapan pengunjung blog ini.

















Terima kasih Daun Keladi untuk kak pah semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa dalam lindunganNya. Terima lah pantun dari saya wakil Prasekolah Sk Taman Perling.



Inang-inang padi Pak Daik,

Padi tak sama rupa bunganya;

Sungguh kukenang budi yang baik,

Tidak kulupa selama-lamanya.











..