Jumaat, 9 Oktober 2009

MARHABAN DI PRASEKOLAH

Hari ini 9hb Oktober merupakan 20 syawal, seperti tahun-tahun lepas Budaya Marhaban di SK Taman Perling diteruskan lagi. Tidak ketinggalan juga di kelas Prasekolah. 2 kelas telah digabungkan menjadi satu agar sambutan lebih meriah dan lebih sistematik perlakdsanaannya.

Memang prasekolah tak mahu mengalah, siap ada kain rentang lagi tu............




Acara marhaban dimulakan di dewan besar SKTP seawal jam 7.40 pagi, bacaan doa dan salawat telah dipimpin oleh Ustaz Hafiz Bin Subahir.


Lihat saja juadah yang disediakan di kelas prasekolah, nasi impit, kuah lodeh, Kuah Kacang, sambal tumis udang, serunding kelapa, pelbagai kuih raya, bihun goreng cina, ayam Bistik berlada merah (home made ni) dan aneka kuih moden dan tradisional serta agar-agar dan buah duku. Air yang disajikan ialah Air Cincau camar 5.



Murid prasekolah turut sama bersalawat, marhaban dan meaminkan bacaan doa. sebelum semua hadirin jemputan menikmati Juadah yang disediakan sedikit hiburan dari kanak-kanak ini ialah mendendangkan sebuah lagu nostalgia selamat hari raya nyanyian Alahyarhamah Saloma yang menjadi nostalgia sehingga kehari ini.





Tengok tu, begitu berselera menikmati juadah yang disediakan.




Guru-guru memerhatikan gelagat dan kaletah murid-murid ini ketika menikmati juadah hari raya.









Beberapa orang guru yang turut serta dalam Majlis Marhaban ini sedang menikmati hidangan setelah kepenatan turun dari tingkat 3 ke kelas prasekolah 2 diketuai oleh Tuan Guru Besar, En Mohammed Noor bin Basiron, barisan guru GPK dan semua guru-guru.
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"
..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan