Jumaat, 10 April 2009

ANAKKU YANG SIHAT

SEMUA ibu mahukan anak yang sentiasa sihat sepanjang masa. Bagaimanapun, kerap berlaku salah faham si ibu bahawa bagi tahap kesihatan ditentukan melalui kekerapan seseorang anak itu sakit. Sebenarnya, ia berkaitan dengan tumbesaran kanak-kanak mengikut kadar berat badan dan ketinggian yang sepatutnya dicapai mengikut usia.
Kita boleh memulakan memantau pembentukan kanak-kanak pada usia dua hingga enam tahun kerana ia merupakan masa yang paling sesuai untuk pembesaran kesihatan dan pertumbuhan. Ia merupakan saat paling sesuai untuk melengkapi si kecil dengan nilai-nilai yang baik dan pada masa yang sama membenarkan mereka membina potensi diri.

Penjagaan kesihatan dan kawalan

Terdapat beberapa cara untuk mengetahui sama ada anak anda membesar dengan sihat selain memastikan kestabilan kesihatannya.
1. Ukur ketinggian dan catat berat badan serta kira indeks jisim badan (BMI) anak setiap enam bulan sekali (Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nutriweb.org.my dan periksa buku Raising Healthy Easters untuk ukuran BMI dan gunakan carta pertumbuhan.
2. Bawa anak anda untuk pemeriksaan perubatan dan pergigian.
3. Awasi serangan jangkitan kuman seperti batuk, selesema dan cirit-birit.
4. Pastikan anak dan keluarga benar-benar mementingkan tahap kebersihan.
5. Dapatkan maklumat lanjut mengenai tahap kesihatan kanak-kanak menerusi laman web perubatan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia atau badan perubatan profesional yang disahkan. Antara laman yang boleh dilayari ialah www.nutriweb.org.my, www.dietitians.org.my, ww.maso.org.my dan www.nutrition.moh.gov.my.

Beri makanan yang menyihatkan

Untuk mengoptimumkan tahap pertumbuhan dan kesihatan kanak-kanak, anda juga perlu memberi anak dengan makanan yang berkhasiat. Sekiranya anak anda tidak memperoleh nutrien dengan kadar yang ditetapkan, dia boleh terdedah pada bahaya pemakanan yang tidak seimbang.
Memakan makanan yang tidak berkhasiat dalam kadar sederhana juga boleh mempengaruhi kadar pembesaran, pertumbuhan dan kesihatan. Nutrien yang lengkap membolehkan sistem kekebalan kanak-kanak daripada diserang penyakit berfungsi secara optimum.
Pemakanan yang berkhasiat bermakna makanan yang diambil oleh anak anda setiap hari yang mengandungi keseimbangan kandungan nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak vitamin dan mineral. Oleh itu, kanak-kanak perlu makan dalam kuantiti yang mencukupi bagi mendapatkan kadar nutrien harian yang diperlukan.
Cara terbaik untuk memastikan anak anda mendapat diet yang seimbang adalah dengan merujuk piramid panduan makanan untuk kanak-kanak. Ia mempunyai panduan mengenai jenis, kuantiti makanan yang diperlukan setiap hari dan kumpulan mana yang perlu diberi perhatian lebih atau kurang daripada yang lainnya.
Carta itu juga akan menerangkan tentang kepelbagaian makanan pada setiap kumpulan bagi memudahkan si kecil mendapat nutrisi yang diperlukan dan mengetahui warna, rasa dan tekstur pada setiap hidangan.

Diet harian anak anda juga perlu disertai dengan susu. Susu adalah sumber kalsium bagi menguatkan tulang. Susu mengandungi asid lemak (seperti DHA,AA), anti pengoksidaan (seperti lutien) dan nucleotides yang boleh merangsang kesihatan yang baik. Jadi, pastikan anak anda minum satu atau dua gelas susu sehari.

Fakta yang boleh membuka mata

Jatuh sakit adalah sebahagian daripada keadaan semula jadi yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Contohnya, diserang virus, bakteria dan parasit. Ia terjadi terutama ketika anak kecil memulakan sesi prasekolah dan mula terdedah kepada jangkitan seperti selesema dan batuk.
Jangkitan itu sebenarnya membantu mereka membina sistem imun badan dan ketahanan jangkitan bagi penyakit kemudian hari.

Siri advertorial ini dibawa bersama Bulan Pemakanan Malaysia dan Pemakanan Wyenth. Ia merupakan kempen anjuran bersama Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietetik Malaysia (MDA) dan Persatuan Kaji Obesiti Malaysia (MASO).
Sekiranya anda mahukan banyak maklumat tentang pemakanan kanak-kanak, periksa status pemakanan meraka atau dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan dan diet yang berdaftar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan