Selasa, 7 April 2009

PEMBANTU PENGURUSAN MURID N17


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 9 TAHUN 2003 SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID N17

A. Pengurusan Prasekolah
1.Membantu guru kelas prasekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.
2.Membantu guru kelas prasekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid prasekolah.
3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid kelas prasekolah.

PENGHURAIAN KERJA BAGI SKIM PERKHIDMATAN PEMBANTU PENGURUSAN MURID

4. SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS
4.1.Pembantu Pegurusan Murid bertanggungjawab ke atas tugas-tugas sepertiberikut:-Pengurusan Murid Prasekolah
4.1.1. Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.
(b) Membantu guru membuat inventori peralatan dan bahan di dalam kelas prasekolah.
(c) Melaksanakan tugas dalam urusan surat menyurat yang berkaitan dengan prasekolah.
(d) Merekodkan pembelian bahan dan peralatan prasekolah.
(e)Mengemaskini data dan maklumat bagi murid-murid prasekolah.
(f) Menguruskan pendaftaran murid-murid prasekolah.
(g) Menghubungi agensi-agensi lain atau pihak luar yang bekerjasama atau bagimendapatkan maklumat berkaitan prasekolah.
(h) Membantu guru membuat lawatan susulan ke rumah ibu bapa atau penjaga murid bagimurid-murid yang bermasalah.
(i) Membantu guru dalam menguruskan akaun dan perkara yang berkaitan dengankewangan prasekolah.
(j) Merekodkan perbelanjaan dan sumbangan yang diterimauntuk prasekolah.
4.1.2.Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-murid Prasekolah
(a)Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
(b) Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan menggembirakan bagimeransang bimbingan dan asuhan.
(c)Membantu mewujudkan dan merangsang naluri ingin tahu, minat untuk meneroka dan menjelajah di kalangan muridmurid prasekolah.
(d)Membantu merangsang dan meningkatkan motivasi murid-murid prasekolah supayabersedia untuk belajar.
(e)Membantu memilih dan menyediakan bahan-bahan serta peralatan yang sesuai dengankeperluan, kesediaan dan perkembangan murid-murid prasekolah.
(f)Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaanmurid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-muridberkenaan di bawah jagaannya.
(g)Memberi bantuan kepada murid-murid dan mendampingi mereka semasa menjalankanaktiviti-aktiviti harian di sekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara aktif.
(h)Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajarandan pembelajaran prasekolah.
4.1.3. Urusan Penyediaan Makanan/Mengemas/Membersih.
(a) Menyedia dan menghidangkan makanan dan minuman yang bersih, berzat dan seimbang bagi murid-murid prasekolah.
(b) Mengemas dan membersihkan perkakas seperti pinggan, piring, cawan, peralatan dapur, mangkuk, cerek, peti ais dan sebagainya.
(c) Menyedia dan mengemaskan bilik darjah dan bilik-bilik atau ruang yang lain sebelum dan selepas kelas termasuk menyapu, mengunci kelas dan menjaga kebersihan bilik darjah dan ruang-ruang lain.
(d) Mengatur kerusi dan meja serta membantu guru menyusun alat dan bahan dalam kelas.
4.1.4. Urusan Menjaga Hal Ehwal Murid
(a) Melayani karenah murid-murid prasekolah dan menolong memastikan murid-muridsentiasa berkeadaan bersih.
(b) Berusaha untuk menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid dari segitingkah laku, tutur bahasa dan kekemasan diri.
(c) Menyambut kedatangan murid-murid semasa menghadiri kelas dan juga memastikanmurid-murid keluar kelas dalam keadaan selamat.
(d) Membantu murid-murid ke tandas sekiranya perlu dan membantu memerhatikan murid-murid sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih.
(e) Membantu guru prasekolah menjaga keselamatan alatan dan kemudahan prasekolah didalam dan di luar kelas.
(f) Membantu mengawasi murid-murid prasekolah semasa ketiadaan guru prasekolah.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan