Selasa, 14 April 2009

CARA MUDAH MENGENAL HURUF DAN MEMBACA

Assalamualaikum............
Di sini saya ingin kongsi satu kaedah yang mudah untuk mengajar murid-murid mengecam dan menguasai abjad. Kaedah yang telah saya guna selama ini sangat mudah dan berkesan serta dapat mengelakkan murid memasuki kelas KIA2M. sepanjang pengetahuan saya dan rakan-rakan saya yang menggunakan kaedah ini memang tiada sebarang masalah. sekiranya ada masalah bermakna bukan kaedah yang digunakan tetapi murid itu sendiri yang ada masalah pembelajaran dan seharusnya ia dimasukkan ke kelas khas@pendidikan khas.
Kaedah KALAM
K : Kuasai
A : Abjad
L : Lantas
A : Arif
M : Membaca
Menggandungi 3 buah buku, KALAM 1, KALAM 2 dan KALAM 3, Kaedah ini telah diasaskan oleh cikgu Hajjah Baidah binti Sabran, guru prasekolah SK Parit Baharu, Sungai Air Tawar Sabak Bernam, Selangor. Tahun 2007 saya guna sepenuhnya (tanpa menganggu p & p) di kelas saya. hasilnya pada bulan 4 sahaja 90% murid telah menguasai abjad dan boleh membaca sehingga kalam2 dan kalam 3. Masalah KIA2M dapat diatasi sepenuhnya pada tahun hadapan.Alhamdulillah dengan usaha dan tenaga saya pada Tahun 2009 di negeri johor beberapa daerah telah menggunakan buku KALAM ini. Rakan-rakan JU, Shukor (kulai) Zamri (Kota) kak faezah (P.Gudang) Samad (Segamat) Zamri (SEGAMAT) Anuar (Pontian) Samsul (Kota) Yunus (JB) Zaini(Kluang) juga telah mendapatkan sendiri buku KALAM melalui saya. beberapa buah sekolah telah menempah dan telah menerima buku untuk sesi persekolahan tahun 2009. Daerah Pasir Gudang dan Segamat telah menggunakan kaedah ini, Mersing dan kulai(akan menyusul). Bagi guru-guru baru lepasan KPLI, KPLI-LPBS, KDP 14minggu, KSPK, KDPM memang perlu mendapatkannya satu set buku KALAM sekurang-kurangnya boleh dijadikan rujukan dan panduan.bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh menghubungi saya 019-7932446 @ kelabumalam21@yahoo.com.my sekiranya tempahan melebihi 20set bayaran boleh menggunakan duit LPBT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan