Jumaat, 20 November 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH 2009 DAN MAJLIS PERPISAHAN

Jumaat, 20hb Nov adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009. Panitia Prasekolah SK Taman Perling telah mengadakan Jamuan Hari Jadi, Majlis Doa Selamat, Penyampaian Sijil dan Cenderamata dan Meraikan Majlis perpisahan Cikgu Nasitof Binti Othman yang akan berpindah ke Pulau Pinang. Berikut sedikit gambaran sekitar majlis tersebut.








Persiapan membungkus hadiah dan cenderamata tetamu vip dilakukan pada petang hari Khamis dan berjaya disempurnakan seperti yang dirancang dengan bantuan Puan Saadiah (PPM 1) dan Puan Hatijah (PPM 2). Jutaan Terima Kasih diucapkan.









Hidangan untuk menjamu selera, kek sambutan hari jadi ke 6 seberat 4kg ditempah khas, dan majlis pada pagi ini dipengerusikan oleh Ustazah Hasmawati selaku guru Agama Islam Prasekolah 1 &2.



Tekun dan Sabar menunggu ketibaan tetamu VIP dan majlis akan dimulakan sebentar lagi.



Bacaan Doa, amanat Guru Besar.

Ucapan Cikgu Nasitof, Majlis memotong Kek dan penyampaian cenderamata.







Menikmati Juadah



Penyampaian Cenderamata kepada semua murid prasekolah sk taman perling 2009.
Majlis Bersurai, Terima Kasih Semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan