Rabu, 19 Ogos 2009

BULAN KEMERDEKAAN DI PRASEKOLAH

Pada minggu lepas sebelum balik untuk bercuti dapat la sms daripada tutttttt......, cikgu prasekolah daerah Pasir Gudang berbunyi begini "wak, ko wt xtvt pe untk bebudak smpena merdeka ni? jgn lupa amik gambo pastu masuk'n dlm blog aku nak tiru la. k tq." oleh kerana sms nie datang dah lewat jadi tak sempat la nak upload gambo. lagipun aku balik kampung mana ada line 3G untuk ekses broadband, paham2 jer la orang kampung ulu. kalau Kg Hulu kat melaka tengah-tengah bandar, ni ujung selangor sana. jerit pun dah dengar sampai perak.
ok lah, ini yang sempat saya amik gambar untuk dikongsi bersama. sambutan peringkat prasekolah 2 je, peringkat sekolah lagi wok, siap masuk school attack lagi.




Gambar kat atas ni, ketika menyampaikan hadiah sempena pertandingan mewarna Jalur Gemilang. ala, buat sendiri, hadiah beli sendiri, guna duit sendiri. tak de la berkira sangat janji yang penting budak-budak happy dan ada aktiviti yang menghiburkan.



Kat atas ni pulak gambar beramai-ramai selepas semua aktiviti selesai bersama-sama bendera masing-masing. memang patriotik lah cuma tak nyanyi lagu 1 Malaysia. belum hafal lagi.

Aktiviti nie dilakukan pada hari yang berlainan cuma kebetulan hari Selasa dan Khamis budak-budak pakai baju yang sama. Masing-masing mengecap tangan dengan warna berbeza bagi lelaki (merah)dan perempuan (biru).



Gambar kat atas nie pulak selepas semua selesai menyiapkan mewarna Jalur Gemilang. selepas semua dah siap kena gunting mengikut bendera yang diwarna dan gulung pada lidi satey. lepas kibarkan cacak pada sebatang polisterin untuk tatapan semua.
ok lah sampai disini sajer.
..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan