PERSISIRAN PERLING 1, TAMAN PERLING 81200 JOHOR BAHRU JOHOR (JBA 1064) NO TELEFON/FAKS : 07-2364492 / 07-2383492
Jumaat, 27 Julai 2012
Ahad, 22 Julai 2012
WAKTU PERSEKOLAHAN KETIKA DIBULAN RAMADHAN
Kepada semua Ibubapa/Penjaga
Murid prasekolah SK Taman Perling.
Sekian Terima Kasih.
Ketua Panitia Prasekolah
Cikgu Zainal bin Somingan.
Murid prasekolah SK Taman Perling.
Waktu persekolahan ketika bulan Ramadhan masih sama seperti waktu persekolah biasa PdP akan bermula jam 7.30 - 11.30. Panitia Prasekolah tidak menyediakan sarapan pagi dan makan ketika rehat. Waktu rehat akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti salawat dan menonton cerita kisah-kisah nabi. Semua makanan akan dibungkus dan dibekalkan seminggu sekali sahaja pada setiap hari jumaat. Setiap murid akan dibekalkan beg kertas dan beg tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada kami untuk kegunaan minggu berikutnya.
Sekian Terima Kasih.
Ketua Panitia Prasekolah
Cikgu Zainal bin Somingan.
Jumaat, 20 Julai 2012
MAKAN KALI TERAKHIR MENJELANG BULAN RAMADHAN
Hari ini 20hb Julai adalah hari terakhir murid-murid prasekolah menikmati juadah ketika waktu sekolah. ini kerana mulai bulan Ramadhan ini prasekolah tidak menyediakan makanan ketika sarapan dan waktu rehat. makanana akan dibekalkan seminggu sekali sahaja iaitu setiap hari Jumaat setiap minggu secara bungkus.
Selasa, 17 Julai 2012
AMALI MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG
Alhamdulillah, PdP hari ini dijalankan secara Amali, Ustazah telah berkesempatan membawa semua murid kelas prasekolah untuk menjalankan aktiviti amali wuduk. Dengan adanya amali ini murid akan melalui dan mengalami sendiri apa yang telah ustazah ajar didalam kelas.
Ahad, 15 Julai 2012
KEJOHANAN SUKAN SK TAMAN PERLING
Pada 14hb julai yang lalu telah berlangsungnya kejohanan sukan di sk taman perling, murid prasekolah juga turut terlibat menjayakan dengan jayanya. selain acara larian, murid prasekolah juga mengadakan persembahan senaman tommy di bawah bimbingan cikgu Zainal bin Somingan.
Selasa, 10 Julai 2012
SENAMROBIK SERENTAK 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA
Hari yang penuh bersejarah hari ni, senamrobik serentak 1 murid 1 sukan 1 malaysia. Prasekolah pun tidak melepaskan peluang ini untuk turut serta menjayakan program sebesar ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
