Rabu, 7 April 2010

KEJOHANAN OLAHRAGA PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2010

Hari ini selasa, 6hb April 2010 telah berlangsung
Kejohanan Olahraga Prasekolah Zon Skudai 2010.
Berikut sedikit gambaran Majlis tersebut.






















Sabtu, 27 Mac 2010

PERSEMBAHAN PRASEKOLAH SEMPENA HARI ANUGERAH CEMERLANG DAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2010

Sempena dengan Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG, murid-murid prasekolah SK Taman Perling yang terpilih telah mempersembahkan nyanyian dan gerakan hasil bimbingan Cikgu Zainal. Berikut gambaran sekitar persembahan tersebut........

Rabu, 24 Mac 2010

SAMBUTAN HARI JADI.......

Hari ni Khamis 24Hb Mac 2010, Ibu kepada Norhamieza bt Sihat telah bermurah hati untuk menyambut hari lahir anaknya bersama-sama rakannya di kelas Prasekolah 2, Sk Taman Perling. Berikut sedikit gambaran tentang majlis tersebut:-




Aktiviti memotong kek.
Menikmati juadah yang dimasak sendiri oleh emaknya untuk dinikmati bersama.


Ibu Hatijah sedang menyuapkan kek kedalam mulut masing-masing.


Sebelum balik, Hamieza sempat memberikan bungkusan untuk di bawa balik.............



Sabtu, 6 Februari 2010

PROGRAM LONJAKKAN PRESTASI PRASEKOLAH

Hari ini, Sabtu 6hb Februari Panitia Prasekolah telah mengadakan Program Lonjakkan Prestasi bertempat di Bilik Mesyuarat PIBG SK Taman Perling. Bertujuan antara lain menerangkan aktiviti2 yang akan diadakan, memaklumkan tentang KSPK 2010 dan perlaksanaannya, Mendedahkan kepada Ibubapa tentang penggunaan Kaedah Kalam agar ibubapa dapat mengajar anak-anak ketika di rumah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Cikgu Zainal, Ucapan Ringkas Pentadbir sekolah (Pn Hajjah Fatimah), Pengerusi Majlis Permuafakatan Prasekolah (Tn Hj Raden Pangat) dan seterusnya Perlaksanaan program oleh Ketua Panitia rasekolah Sk Taman Perling (Cikgu Zainal). Majlis berakhir pada jam 11.00 pagi. Berikut sedikit gambaran sepanjang berlangsungnya program tersebut.






Dengan berjayanya program ini, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan dengan lancar dan teratur.
wassalam.
..

Jumaat, 5 Februari 2010

WAJAH CERIA PRASEKOLAH 2010.

Hari ni Jumaat, semua bebudak ni dah pakai baju baru......
Biasa la, kanak-kanak mesti ceria n kecoh nak pakai baju baru. pemilihan warna dan corak aku serahkan kepada mereka yang ariff. he he he.............. layanzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..............

Prasekolah 1

Prasekolah 2















..

Isnin, 25 Januari 2010

PRASEKOLAH TURUT BERKABUNG

Hari Ini Isnin 25hb Januari 2010. semua murid prasekolah turut serta berkabung kerana sama-sama merasai kesedihan di atas kemangkatan Sultan Johor. Berikut sedikit gambaran yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua.







..

Selasa, 19 Januari 2010

MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH KALI KE 2, 2010

Hari ini Selasa, 19 Januari telah dilangsungkan mesyuarat pengurusan prasekolah 2010. Mesyuarat ini dihadiri juga oleh Guru Besar, GPK 1, Puan Rabitah, GPK HEM, En Zulkarnail, Ketua Panitia, En Zainal, Ustazah Norlaila , Cikgu Rosniza dan 2 orang PPM yang dikasihi.
Antara lain mesyuarat ini membincangkan mengenai Jadual waktu, Silibus KSPK 2010, Penyediaan Buku Rancangan Harian, Pengurusan Prasekolah, aktiviti yang telah di jalankan pada tahun lalu dan merancang aktiviti yang akan diadakan untuk tahun ini. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 3.20 petang.



..

Jumaat, 8 Januari 2010

KUNJUNGAN EN AZHARI KE PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING

Alhamdulillah. Hari ini 8 Jan 2010, En Azhari Samsuri (Peg. Pend. Swasta & Prasekolah, PPD JB) telah sudi membuat lawatan dan memantau perjalanan di Prasekolah. Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi hadir. Rajin2 la datang lagi ye....

Terima Kasih.





..

Khamis, 7 Januari 2010

HARI KE 4 BERSEKOLAH

Hari ni Khamis 7hb merupakan hari ke 4 sesi persekolahan dimulakan dlm tahun 2010. Semua telah mengenali guru dan ppm. maka sesi P&P berjalan lancar. Kaedah kalam yang digunakan dapat diaplikasikan dengan sepenuhnya. semoga membuahkan hasil dan tercapai matlamat seperti tahun-tahun lepas.

Lihat saja lah gambar diatas ni, begitu mesra sekali hubungan seorang guru. semua ini bertujuan untuk memudahkan P&P di kelas prasekolah.




..

Rabu, 6 Januari 2010

PENAMBAHAN WAKTU BELAJAR PRASEKOLAH TINGKATKAN PENDIDIKAN



JOHOR BAHARU, 4 Jan - Kementerian Pelajaran berharap waktu pembelajaran di pra sekolah selama empat jam sehari mulai sesi persekolahan tahun ini dapat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada kanak-kanak.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tambahan waktu pembelajaran itu berbanding dua hingga tiga jam sebelum ini dapat memastikan kanak-kanak mendapat pembelajaran yang secukupnya selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang ditetapkan kerajaan.
"Dianggarkan kemasukan kanak-kanak berumur lima dan enam tahun di peringkat pra sekolah adalah sebanyak 67 peratus ketika ini. Saya yakin, usaha kerajaan untuk meningkatkan penyertaan pra sekolah kepada 87 peratus dalam tempoh tiga tahun dapat dicapai menerusi penambahan waktu ini," katanya.
Wee yang juga anggota parlimen Ayer Hitam berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 2, di sini, Isnin.
Terdahulu, beliau dan isteri, Datin Jessica Lim turut menghantar anak lelaki mereka, Julian Wee Yu Hao, 7, yang memasuki tahun satu di sekolah itu.
Wee berkata jadual pembelajaran selama empat jam itu sudah diamalkan di kebanyakan negara maju.Katanya, satu garis panduan juga sudah dikeluarkan bagi menjamin pendidikan yang berkualiti termasuk akan menempatkan guru berkelulusan ijazah di setiap pra sekolah.
Dalam pada itu, Wee turut memberi amaran kepada pengusaha pra sekolah swasta supaya tidak menaikkan yuran persekolahan ekoran penambahan waktu itu serta tidak mengambil kesempatan ekoran kenaikan harga barangan seperti gula.
-BERNAMA

Isnin, 4 Januari 2010

HARI PERTAMA KE SEKOLAH

Hari ini 4 Jan 2010 adalah hari pertama sesi persekolahan Tahun 2010. Hari ni lah hari pertama kanak-kanak ini ke sekolah. Seawal 6 pagi telah bersiap untuk ke sekolah. Destinasi yang dituju ialah Prasekolah SK Taman Perling. Berikut sedikit gambaran di hari pertama persekolahan.



Sesi suaikenal dengan guru prasekolah dijalankan bersama murid-murid. Terdapat juga yang masih takut-takut lagi. Ada yang tak nak duduk diatas tikar buluh. Siap nangis tu........

Lain pulak kes nya bila sesi P&P dimulakan. Apa taknya, takut. melalak nak balik umah..........
ngantuk.............
nak tido..............
lapo...............
huah huah huah.......
nak balik.........
huah huah huah........
sabar jer lah..............
..

Khamis, 31 Disember 2009

PERSIAPAN MENJELANG PENDAFTARAN MURID BARU 2010

Sepanjang minggu ini adalah hari untuk membuat persiapan terakhir. Memang banyak kerja yang perlu diseleasaikan sebelum menerima murid baru. Berikut sedikit gambaran tentang persiapan tersebut:-








Segala persiapan telah dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid, Pn Hatijah Omar dan Pn Sa,adiah Mokhsin. Nantikan kemunculan wajah ceria kelas prasekolah menjelang tahun 2010.
..

Isnin, 28 Disember 2009

TAKLIMAT PRASEKOLAH 2010

Hari ini 28 Disember telah diadakan taklimat kepada semua ibubapa penjaga calun-calun murid prasekolah SK Taman Perling bagi Tahun 2010. Berikut sedikit gambaran mengenai taklimat tersebut.






Berikut adalah barisan Majlis Permuafakatan Prasekolah SK Taman Perling dan majlis berakhir pada jam 11.30 pagi.
Terima Kasih.
..

Selasa, 22 Disember 2009

CUTI SEKOLAH, MULAKAN OPERASI............

Assalamualaikum......................

Sempena cuti sekolah ni, bukan kami cikgu prasekolah bersenang lenang sahaja atau bercuti-cuti malaysdia. Berusaha untuk menceriakan kelas, membuat bahan-bahan p&p, menghias kelas, menyusun pengurusan fail dan kerja-kerja pentadbiran. Lihat saje lah ye.....


..

Selasa, 15 Disember 2009

DALAM INGATAN (JASAMU DIKENANG)

Selamat Tinggal Prasekolah SK Taman Perling, tengok tu (teriak keluaq ayaq mata).








..