Hari ini 14hb April 2009 tiba lah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid prasekolah zon skudai untuk menampilkan aksi yang telah dilatih oleh guru-guru prasekolah masing-masing. Prasekolah SK Taman Perling telah berlatih di bawah bimbingan Cikgu Zainal dan Cikgu Nasitof sambil dibantu 2 orang guru praktikum iaitu Cikgu Sirul & Cikgu Maria. Penampilan 19 atlit dengan menyertai 4 acara padang dan 5 acara balapan berharap akan membuahkan butiran pingat walau apa warna sekalipun.
Persiapan peserta telah diuruskan oleh PPM sambil dibantu Guru Praktikum.
Acara Baling Bola Lisut. Kita saksikan balingan peserta ini.
pingat pertama dipungut oleh atlit Prasekolah SKTP. An Nazri mendapat pingat perak dalam acara Baling Bola Lisut (L).
Atlit Prasekolah SKTP tidak bernasib baik dengan pencapaian kali ini. 2 orang peserta berjaya dalam saringan 60m(L) dan layak ke peringkat akhir tetapi mendapat kedudukan tempat ke 4-5. bagi 60m(P) hanya Nur Aisyah sahaja yang layak peringkat akhir tetapi mendapat tempat ke 5. bagi acara relay 4x50m, pasukan lelaki dan perempuan tidak berjaya ke peringkat akhir kerana tewas di peringkat saringan akibat masalah teknikal. untuk acara 100m (L & P) tiada atlit SKTP layak ke pusingan akhir kerana tidak memenangi di peringkat saringan.
Dengan 2 pingat yang dimenangi ini maka melayakkan atlit-atlit ini meneruskan pencapaian ke peringkat Daerah Johor Bahru yang akan diadakan di padang STAR 1 pada 16 mei 2009.
sekian, Jumpa lagi di Tahun Hadapan dan terima kasih kepada semua pegawai terlibat, guru-guru prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid, Ibubapa, Semua AJK Kejohanan, Pentadbir SKKU selaku tuan rumah dan semua yang telah menjayakan Kejohohanan ini.
wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan