Rabu, 30 September 2009

ALHAMDULILLAH, REZEKI MELIMPAH RUAH

Alhamdulillah, hari ini Ustazah Hasmawati telah bermurah hati memberikan duit raya kepada semua murid-murid prasekolah 2, SK Taman Perling. Terima Kasih Ustazah, semoga kehidupan ustazah akan lebih diberkati olehNya.
" Terima Kasih daun keladi,
Kalau ada lebih bagi la kami lagi".









Lepasni sapa pulak yer nak bagi kami duit raya??????????
..

Isnin, 28 September 2009

DAPAT DUIT RAYA LAGI.........

Assalamualaikum. Hari ini hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang sempena Sambutan hari Raya Aidilfitri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nasir dan Cikgu Norita kerana berbesar hati untuk memberikan sumbangan duit raya dan sedikit kuih (jajan) kepada semua murid prasekolah 2 SK Taman Perling. Sumbangan telah disampaikan melalui anaknya (Nurnajmina bt Nasir). berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.









Ingat pesanan cikgu, duit raya simpan masuk tabung jangan buat beli mercun nanti jari 10 tinggal 8 pulak. ok Terima kasih banyak-banyak.
..

Rabu, 16 September 2009

SELAMAT HARI RAYA, DAPAT DUIT RAYA...........

Sumbangan duit raya disampaikan oleh Tuan Guru besar, En Mohammed Noor bin Basiron, dan ucapan sepatah dua kata sebelum memulakan sesi cuti sekolah sempena menyambut Hari Raya.



Sumbangan daripada Cikgu Zainal dengan pesanan " duit raya jangan beli mercun tau".



Sumbangan daripada Ibu Pn Hatijah bt Omar PPM Prasekolah 2.



Semua bergembira dengan duit raya untuk disimpan dalam tabung. Selamat Hari Raya......


Selamat Bercuti, Balik kampung berhati-hati dijalan raya.........
..

IKLAN RAYA PETRONAS 2008

Khamis, 10 September 2009

Rabu, 9 September 2009

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KELAS PRASEKOLAH KPM
Syarat-Syarat kemasukan Ke Kelas Prasekolah KPM
Syarat-syarat bagi memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia Sahaja - Merujuk kepada peraturan-peraturan (penerimaan kemasukan murid ke sekolah rendah).
ii. Kanak-kanak yang mencapai umur 5 tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa.(1 Jan 2010)
iii. Mengikut pendapatan perkapita berdasarkan pendapatan Garis Kemiskinan.
iv. Merit berdasarkan ranking pendapatan ibubapa/penjaga dari rendah ke tinggi. Kadar jumlah murid bagi setiap kelas ialah tidak lebih daripada 25 orang.
v. Proses pemilihan murid prasekolah KPM hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa prasekolah.
Kepada ibubapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak/anak jagaan mereka memasuki kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sila dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut di sekolah-sekolah yang berhampiran tempat kediaman anda.
Inginkan yang terbaik untuk anak anda? Kelebihan Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia :
1. Diajar oleh guru-guru yang berpengalaman dan mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang prasekolah..ni sangat penting bukan ambil berkelulusan SPM yang tangkap muat aje nak ajar budak2 kecil ni..kat negara2 barat tenaga pengajar prasekolah ada yg berkelulusan PhD. Kelas agama juga diajar oleh guru berpendidikan agama.
2. Pelbagai kemudahan dan aktiviti disediakan - silibus mengikut kurikulum prasekolah kebangsaan,komputer,lawatan,karnival prasekolah,sukan prasekolah dan banyak lagi.
3. Tiada yuran bulanan-yuran yang tinggi belum pasti menjamin kecemerlangan anak-anak!.
4. Menu yang disediakan berkhasiat - bukan 'bibik' yang masak tau, tapi pembantu pengurusan murid. kesian kat anak-anak yang pergi tadika mahal2 sesetengahnya diberikan makanan yang tak berbaloi dengan yuran yang dibayar.
5. No 'skill and drill' but learning through play..program berfokuskan kemahiran dan berpusatkan guru menunjukkan prstasi yang baik dalam jangka masa pendek sahaja dan boleh membunuh minat untuk belajar.prasekolah menekankan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh,bukan kognitif sahaja
..

Isnin, 7 September 2009

3 JARI KANAN MURID PRASEKOLAH PUTUS AKIBAT BERMAIN MERCUN

Tengok tajuk kat atas tu pun dah gerun tapi bukan rekaan semata-mata tapi kenyataan. Lihat sahaja petikan akhbar Mingguan Malaysia (5 Sept), seorang murid prasekolah dari Rantau Panjang telah putus 3 jari manakala tapak tanggannya hancur......


Bukan niat menuding jari untuk menyalahkan sesiapa tetapi di mana silapnya?
1. Ibubapa.
2. Penguatkuasaan.
3. Pengaruh Rakan sebaya.
4. Takdir.
Tapi itu semua sudah terlambat, yang pasti adik Norsyafiqa telah kehilangan 3 batang jari. fikir-fikirkanlah dan pertimbangkan lah apa akan berlaku sekiranya situasi ini terjadi keatas anak kita. Miinta tolong berfikir sekejap. tq
..