Selasa, 28 April 2009

KEK COMEL................

TERIMA KASIH DAUN KELADI.


Hari ni 28hb mcm biasa lah aku dah tulis name kt buku kdtgn tiba-tiba kak mas panggil. ada barang ni untuk cikgu zainal. aku tak terkejut la memang dah biasa la. cuma pagi nie agak terkejut ckit coz aku dapat kek. sapa pulak bagi aku kek ni? dari mana? mak budak kot? banyak la persoalan yang aku harus jawab.
rupa-rupanya ada hambal Allah bagi kek kepada semua guru-guru. alamak keciknya, sambil ucap terima kasih aku pun berlalu jalan mcm biasa. aku nak bagi sapa makan ni? kalau aku ngap, mesti aku sorang jer yang merasa, tak kenyang pun. tengok lah nanti macam mana..............
P&P dah berjalan mcm biasa seperti yang dirancang. lepas rehat, kebetulan hari ni menu nasi goreng ngan teh o suam, buah apel. masing2 dah kenyang lepas tu aku pun ofer la sapa nak makan kek? jadi semua nak makan la. oleh kerana kek ni ciput jer maka kena bagi sikit-sikit jer la. yang penting semua dapat rasa. kek yang kecik tu kongsi 23 orang. last2 cikgu memang tak merasa la. tak pe lah, ni la bahagia beranak ramai.



Moral : terima kasih kepada hamba Allah yang memberi hadiah kek.
- cikgu tak makan pun tak pe, janji anak2 semua dapat makan. (kasih seorang guru prasekolah)
- beranak la 25 orang, mesti makanan semua clear punya lah. ha ha ha
- kalau nak bagi lagi, 1kg baru sesuai.
- hari jadi cikgu sok, cikgu bagi kek sorang satu (gamabar jer la)

Isnin, 27 April 2009

KEJOHANAN HOKI MSSJ 2009

DAERAH JOHOR BAHRU JOHAN LELAKI & PEREMPUAN 2009.

Pada 24-26 April, Kejohanan Hoki L & P 12 MSSM Negeri Johor telah berlangsung di Daerah Pontian. Pasukan Johor Bahru adalah pasukan yang paling mantap menurut perkiraan saya hasil gabungan pemain-pemain SK Taman Bukit Kempas, SK Taman Perling, SK Mohd Khir Johari dan SK Tanjung Kupang. Sk Taman Perling menurunkan Best Keeper dan 2 orangb lagi pemain pada penyertaan kali ini. ikuti beberapa laporan yang telah saya sediakan.

Kain Rentang kejohanan dan pasukan JB sedang membuat warm up sebelum masuk ke padang sambil disaksikan oleh coach Pasir Gudang, Cikgu Khairuddin (SK Taman Daya).

Perlawanan separuh menentang Muar terpaksa ditentukan melalui penalty strok kerana tamat
masa tambahan masih lagi 2-2.
pemain meraikan kemenangan diperingkat separuh akhir dan seterusnya layak ke peringkat akhir akan menentang pemenang pertemuan antara Kluang vs Pasir Gudang. Penulis adalah Pengurus Pasukan SK Taman Perling ketika peringkat Daerah juga turun bersam anak-anak dan keluarga bagi memberikan sokongan kepada pasukan Johor Bahru.


Pasukan Perempuan meraikan kemenangan setelah menewaskan Kluang dengan Penalty strok.




Hujan yang terlalu lebat disulami dengan kilat sabung menyabung menyebabkan perlawanan terpaksa diberhentikan. penelis sempat membawa anak-anak menyaksikan motorshow di Dataran Pontian.

Perlaawanan Akhir Lelaki dimulakan tepat jam 2.30 petang juga bertemu pasukan Kluang.




Aksi final sedang berlangsung sambil disokong oleh pemain2 lain yang tewas di pusingan awal. sebelum pasukan JB melayakkan ke final, Johor Bahru telah menewaskan pasukan mersing 4-0, pengerang 7-0, Muar 2-2 (2-1).






Ucapan Wakil Pegawai PPD Pontian ketika upacara penutup.









Bergambar bersama jurulatih pasukan beserta medal dan sijil






Gambar kenang-kenangan sebelum bertolak balik ke JB.
sampai jumpa lagi di ipoh.









CIKGU PRASEKOLAH

pada 24-26 berlangsung kejohanan hoki peringkat mssj yang diadakan di pontian. awal2 lagi ramli sms aku tanya aku bwk budak hoki tak? jumaat petang baru aku sampai pontian. lepas solat jumaat baru aku gerak, memang la lambat.
Kau ka si kurus???? itu lah ayat tema yang ramli ajukan bila jumpa aku. ramli ni kawan aku same2 ngajar prasekolah di daerah pasir gudang dulu. di ngajar di sk seri alam 1 sampai sekarang cuma aku jer pindah dr sk taman molek ke sk tmn perling tapi msh mengajar kelas pra.
yang bertudung putih tu azreen. dia guru disiplin kt sk taman molek menggantikan ghazali yang pindah ke melaka. memang garang sgt2 lah mcm singa (jangan marah yer). memang tak boleh ngajar prasekolah, habis budak2 esok tak datang sekolah ler. walaupun garang tapi dengan kita orang nie memang frendly. jumpa kat mana2 memang tegur punya. azreen bawak budak2 hoki jugak dah memang dia rajin pun. kt molek dulu dengan cek ley ta skrg cek ley dah pindah perak dengan bininya yang cun tu la sapa lagi. aku dulu sajer jer tak nak tunjukkan bakat as a coach coz umah aku jauh sgt +-20km dr umah tu pasal aku diam jer. dah lah perling jem giler, phm2 jer la. bila aku pndh perling mula la aku menyinar. sekolah dekat jer. 3minit jer kalau naik mootor dr umah aku tp kalau jalan jaki mandi peluh jugak la. ntah ap-apa la yang aku mengarut ni.............





gambar nie diambil ketika nak penyampaian hadiah, kira dah nak balik la. sory la yer, pasir gudang dpt no4 jer. masa semi final kita orang dah congak2 boleh jmpa JB kot. tapi tak de rezeki pulak. sori la ye, JB sapu bersih johan L elaki & Perempuan mengalahkan Kluang d final.



ha ha ha.







..

JOHAN PERTANDINGAN REKACIPTA KH DAERAH JB

Pertandingan Rekacipta KH peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung di SK Taman Perling. sebanyak 8buah sekolah mewakili 4 zon daerah Johor Bahru telah menyertai pertandingan ini. berikut adalah keputusan rasmi dan akan mewakili Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan diadakan di Pontian.



Johan : SK Taman Perling
N.Johan : Sk Impian Emas
Ketiga : SK Taman Tun Aminah 1
Berikut beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika pertandingan tersebut.






















Sabtu, 25 April 2009

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

Pada Hari Sabtu 19 April 2009 yang lalu SK Taman Perling telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan kepada semua guru-guru termasuk juga guru prasekolah. berikut dipaparkan dari mula sehingga tamat majlis tersebut.













majlis berhenti rehat untuk menikmati kudapan dan berpossing. ha ha ha...........







di penghujung sesi berkursus.




wajah-wajah ceria dan konfius setelah tamat kursus LDP di UTM.








sampai jumpa lagi............ babaiiii

Jumaat, 24 April 2009

ALBUM KENANGAN

Pada hari khamis yang lepas ada la jumpa bekas PPM aku masa ngajar kt sk taman molek. sejer la, lame tak jumpa n sembang2. sempat la kena 2-3 ketul ayam kt kfc taman molek. tapi yang tak boleh tahan dengan ke aktifan anak lelaki aku. peh, nak diterbalikkan meja kfc tu kalau boleh.


ha, gambar kat bawah nie aku dengan hamid n izat cikgu kt sk taman molek. kebetulan tengah makan dia pun datang jugak. lepas sembang2 sebelum balik sempat la snap wt kenangan.

ini pulak sifu kita orang ni. jumpa kt mydin tampoi. kak gee dengan my wife kira kenal gitu2 la. tapi kita orang nie frendly la jugak. tak sembang lame pun coz dah petang.



ok lah, ini catatan hari ini. sempat la masukkan sikit untuk kawan2 sementara menunggu keputusan hakim( Hari ni SK Taman Perling jd tuan rumah pertandingan rekacipta KH daerah JB) duduk2. bukak blog jap.
tq


TEMA BUNGA (Perbualan pagi, Kognitif, Bahasa, Sosioemosi)

Minggu ini kelas aku Tema bunga, sempat la pesan kat budak2 bawak bunga tau. habis semua bunga mak dia kat pasu di sebatnya. cikgu suruh bawak, kalau cikgu cakap memang semua jalan punya. yang bestnya ada 2 orang bawak bunga mati (bunga telur) kira ok jugak la, bunga jugak. cikgu pesan tak habis.
sempat jugak la aku amik gambar bunga-bunga yang dia orang bawak. menarik tak????????????? ada bunga mawar 3 kuntum, mesti mak dia punya kat pasu depan pintu dia sebat sebelum naik bas g sekolah.


bunga dah layu pun bawak jugak lah. kesian bunga tu.


yang cantiknya bunga kuning nie dia amik kat pagar sekolah. baru teringat kot cikgu pesan bawak bunga.



ini lah bunga raya, bunga kebangsaan.






sekian...........................

MAJLIS PERPISAHAN GURU PRAKTIKUM

MAJLIS PERPISAHAN GURU-GURU PRAKTIKUM PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING.





sambil buat majlis tu kita selitkan majlis sambutan hari jadi.










penyampaian cenderamata kepada pentadbir sekolah


menikmati jamuan yang dimasak oleh PPM sambil dibantu guru-guru prasekolah. mesti sedap kan.




























terima kasih kepada cikgu sirul & mariah. jangan serik dan sila datang lagi. sudi-sudikan.
orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa,
terimalah seadanya dari kami
PANITIA PRASEKOLAH
SK TAMAN PERLING 2009.





Selasa, 14 April 2009

BEKAS PELAJAR IPBMM

Album Kenangan. sama-sama belajar di IPBMM dulu. dah hampir 3 tahun tak jumpa dia ni. sikin mengajar di SK Tmn U2 (yang berbaju oren tu). dulu saya SK Taman Molek di bawah pentadbiran PPD Pasir Gudang, bila saya Pindah ke SK Taman Perling baru lah sama PPD JB dan sama zon. cuma masa jer tak menyempatkan untuk bercerita panjang.

OK Jumpa lagi di peringkat daerah 16hb di STAR1.




.

KEJOHANAN OLAHRAGA PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

Hari ini 14hb April 2009 tiba lah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua murid prasekolah zon skudai untuk menampilkan aksi yang telah dilatih oleh guru-guru prasekolah masing-masing. Prasekolah SK Taman Perling telah berlatih di bawah bimbingan Cikgu Zainal dan Cikgu Nasitof sambil dibantu 2 orang guru praktikum iaitu Cikgu Sirul & Cikgu Maria. Penampilan 19 atlit dengan menyertai 4 acara padang dan 5 acara balapan berharap akan membuahkan butiran pingat walau apa warna sekalipun.

Gambar diatas adalah sebilangan kecil atlit Prasekolah SK Taman Perling yang cukup bersedia dengan latihan dan stamina yang cukup untuk beraksi mengharap kilauan pingat.
Cikgu Nasitof menyusun pingat dan piala pusingan Kejohanan Olahraga Prasekolah 2009. Dan milik siapa piala Olahragawan dan Olahragawati tahun ini.


Persiapan peserta telah diuruskan oleh PPM sambil dibantu Guru Praktikum.


Acara Baling Bola Lisut. Kita saksikan balingan peserta ini.


Acara lari terus 100m(p) sedang berlangsung. laju lagi..... laju.......laju...........




En Amir (wakil PPD JB) dan Pn Noraini (GB SKKU) mengaminkan doa ketika pembukaan Kejohanan Olahraga Prasekolah Zon Skudai 2009.






pingat pertama dipungut oleh atlit Prasekolah SKTP. An Nazri mendapat pingat perak dalam acara Baling Bola Lisut (L).





Kilauan emas telah berjaya menyinar oleh Atlit Prasekolah SKTP pagi ini dalam acara Lompat Jauh (P).







Nor Ain bersama pingat Emas dan bantal sponge bob yang dimenangi dalam acara lompat jauh (P).



Atlit Prasekolah SKTP tidak bernasib baik dengan pencapaian kali ini. 2 orang peserta berjaya dalam saringan 60m(L) dan layak ke peringkat akhir tetapi mendapat kedudukan tempat ke 4-5. bagi 60m(P) hanya Nur Aisyah sahaja yang layak peringkat akhir tetapi mendapat tempat ke 5. bagi acara relay 4x50m, pasukan lelaki dan perempuan tidak berjaya ke peringkat akhir kerana tewas di peringkat saringan akibat masalah teknikal. untuk acara 100m (L & P) tiada atlit SKTP layak ke pusingan akhir kerana tidak memenangi di peringkat saringan.

Dengan 2 pingat yang dimenangi ini maka melayakkan atlit-atlit ini meneruskan pencapaian ke peringkat Daerah Johor Bahru yang akan diadakan di padang STAR 1 pada 16 mei 2009.



sekian, Jumpa lagi di Tahun Hadapan dan terima kasih kepada semua pegawai terlibat, guru-guru prasekolah, Pembantu Pengurusan Murid, Ibubapa, Semua AJK Kejohanan, Pentadbir SKKU selaku tuan rumah dan semua yang telah menjayakan Kejohohanan ini.
wassalam.

BUKU KALAM

BERIKUT SAYA PAPARKAN GAMBAR BUKU KALAM YANG TERBARU






..
Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi 0197932446