Selasa, 31 Julai 2012

PEMANTAUAN CALON GURU CEMERLANG DG44

Hari ini 31hb Julai 2012, Prasekolah SK Taman Perling telah dilawati oleh 2 orang pegawai dari Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi pemantauan calun Guru Cemerlang DG44. Berikut sedikit gambaran semasa pemantauan tersebut:.






























Ahad, 22 Julai 2012

WAKTU PERSEKOLAHAN KETIKA DIBULAN RAMADHAN

Kepada semua Ibubapa/Penjaga
Murid prasekolah SK Taman Perling.

Waktu persekolahan ketika bulan Ramadhan masih sama seperti waktu persekolah biasa PdP akan bermula jam 7.30 - 11.30. Panitia Prasekolah tidak menyediakan sarapan pagi dan makan ketika rehat. Waktu rehat akan diisi dengan aktiviti yang berfaedah seperti salawat dan menonton cerita kisah-kisah nabi. Semua makanan akan dibungkus dan dibekalkan seminggu sekali sahaja pada setiap hari jumaat. Setiap murid akan dibekalkan beg kertas dan beg tersebut hendaklah dikembalikan semula kepada kami untuk kegunaan minggu  berikutnya. 


Sekian Terima Kasih.

Ketua Panitia Prasekolah
Cikgu Zainal bin Somingan.

Jumaat, 20 Julai 2012

MAKAN KALI TERAKHIR MENJELANG BULAN RAMADHAN


Hari ini 20hb Julai adalah hari terakhir murid-murid prasekolah menikmati juadah ketika waktu sekolah. ini kerana mulai bulan Ramadhan ini prasekolah tidak menyediakan makanan ketika sarapan dan waktu rehat. makanana akan dibekalkan seminggu sekali sahaja iaitu setiap hari Jumaat setiap minggu secara bungkus. 






Selasa, 17 Julai 2012

AMALI MENGAMBIL AIR SEMBAHYANG


Alhamdulillah, PdP hari ini dijalankan secara Amali, Ustazah telah berkesempatan membawa semua murid kelas prasekolah untuk menjalankan aktiviti amali wuduk. Dengan adanya amali ini murid akan melalui dan mengalami sendiri apa yang telah ustazah ajar didalam kelas.