Isnin, 30 Mac 2009

Belajar Melalui Bermain







GURU PRAKTIKUM IPTI

Pn Mariah Bt Salleh

Cik Sirrul Husna Bt Abd Rahman


2 orang guru pelatih IPTI (KEMAS intake Jun 2006) dengan rela hati dan penuh semangat membuat latihan Praktikum di Prasekolah SK Taman Perling (kelas Prasekolah 1) selama 3 bulan. semoga akan mendapat pengalaman yang bermakna dan menambahkan minat lagi untuk menjadi seorang pendidik.



Makan Ubat Cacing


Murid-murid prasekolah 1 & 2, Sk Taman Perling menerima kunjungan daripada Kementerian Kesihatan (ala, nurse aje) untuk membuat pemeriksaan kesihatan seperti kuku, rambut tanpa kutu, gigi tanpa lubang, memeriksa segala kecacatan ringan dan memberikan ubat cacing. jutaan terima kasih di ucapkan.

Selasa, 3 Mac 2009

CARTA ORGANISASI PANITIA PRASEKOLAH 2009




Pengerusi
En Mohamed Noor Bin Basiron
Guru Besar

Naib Pengerusi
Tn Hj Abdul Aziz Bin Mahmod
Penolong Kanan 1

Ketua Panitia
En Zainal Bin Somingan
Guru Prasekolah 2

Setiausaha
Pn Nasitof Binti Othman
Guru Prasekolah 1

Ahlin Jawatankuasa
Ustazah Hasmawati Binti Othman (Guru Agama)
Pn Sa’adiah Binti Mohsin (PPM 1)
Pn Hatijah Binti Omar (PPM 2)

Sejarah Prasekolah SK Taman Perling


Kelas Prasekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Perling telah dibuka pada 1 Januari 1992 dengan sebuah kelas yang menempatkan murid-murid 5-6 tahun. Pada tahun 2007 kelas prasekolah yang ke dua telah dibina dan digunakan sepenuhnya pada sesi persekolahan 2008. Ini bermakan Sekolah Kebangsaan Taman Perling kini memiliki 2 kelas Prasekolah iaitu Prasekolah 1 dan Prasekolah 2.