Jumaat, 20 November 2009

JAMUAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH 2009 DAN MAJLIS PERPISAHAN

Jumaat, 20hb Nov adalah hari terakhir persekolahan bagi tahun 2009. Panitia Prasekolah SK Taman Perling telah mengadakan Jamuan Hari Jadi, Majlis Doa Selamat, Penyampaian Sijil dan Cenderamata dan Meraikan Majlis perpisahan Cikgu Nasitof Binti Othman yang akan berpindah ke Pulau Pinang. Berikut sedikit gambaran sekitar majlis tersebut.








Persiapan membungkus hadiah dan cenderamata tetamu vip dilakukan pada petang hari Khamis dan berjaya disempurnakan seperti yang dirancang dengan bantuan Puan Saadiah (PPM 1) dan Puan Hatijah (PPM 2). Jutaan Terima Kasih diucapkan.









Hidangan untuk menjamu selera, kek sambutan hari jadi ke 6 seberat 4kg ditempah khas, dan majlis pada pagi ini dipengerusikan oleh Ustazah Hasmawati selaku guru Agama Islam Prasekolah 1 &2.



Tekun dan Sabar menunggu ketibaan tetamu VIP dan majlis akan dimulakan sebentar lagi.



Bacaan Doa, amanat Guru Besar.

Ucapan Cikgu Nasitof, Majlis memotong Kek dan penyampaian cenderamata.







Menikmati Juadah



Penyampaian Cenderamata kepada semua murid prasekolah sk taman perling 2009.
Majlis Bersurai, Terima Kasih Semua.

Sabtu, 14 November 2009

HARI TERBUKA 2/2009

Hari ini 14 November telah diadakan Hari Terbuka. Prasekolah SK Taman Perling tidak ketinggalan untuk menjayakan Hari Terbuka ini. Kelebihan berjumpa dengan Ibubapa/penjaga dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk memberikan motivasi agar pencapaian di tahun hadapan dapat ditingkatkan lagi. Berikut sedikit gambaran tentang Hari Terbuka.
















..

Khamis, 12 November 2009

LAWATAN PRASEKOLAH KE NUSAJAYA DAN BANDARAYA JOHORBAHRU

Hari ni 12hb hari yang sangat-sangat dinantikan oleh semua murid prasekolah. Setelah lawatan ke bomba ditolak maka Destinasi kami pun ke Nusajaya dan Bandaraya Johorbahru.


Pertama kali menaiki bas menyebabkan terdapat murid yang duduk dia seribu bahasa.


Sempat berposing di Pelabuhan Puteri Harber. Best sangat.


Lokasi seterusnya Zoo Johor. Siapa ada MR & MRS mat salih tumpang amik gambar dengan murid prasekolah.



Semua berkaca mata hitam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


Setelah penat melanda, maka destinasi seterusnya Marybrown Danga Street. Nyum2.





Pengurus Besar Marybrown sedang memberi free gift kepada semua.
..



Isnin, 9 November 2009

RAWATAN KESIHATAN GIGI.

Dalam minggu ni 2-6hb sepasukan jururawat dari Pusat Kesihatan Tampoi membuat rawastan gigi ke SK Taman Perling. Murid-murid prasekolah diutamakan dalam hal ini. dengan berbakalkan kad hijau masing-masing ada yang pucat muka, ada yang menangis dan bermacam-macam ragam lagi.







..

Khamis, 5 November 2009

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009



Majlis Konvokesyen Prasekolah Zon Skudai 2009 telah berlangsung di Dewan Raya Taman Universiti MPJBT pada hari Khamis 5hb November 2009. Tahniah kepada semua graduan prasekolah dan jutaan terima kasih kepada semua yang turut menjayakan dengan jayanya.








Barisan Guru Besar Zon Skudai yang sedang menungu ketibaan tetamu jemputan Pn Norhayati binti Ja'afar selaku Pengerusi Puspanita Daerah Johor Bahru.








Pasukan kompang, bunga pahar dan bunga manggar dari SK Kompleks Uda.




Ketibaan tetamu jemputan disematkan bunga oleh adik Sazliana binti Sulan daripada Prasekolah SK Taman Perling.



Diiringi masuk sambil dipimpin oleh murid prasekolah SK Taman Perling, adik Sazliana binti Sulan dan adik Nuraliah afrina mohd Radzi.




Tekun menyaksikan persembahan kompang berirama dan tarian rampai.







Mendengar amanat dan pesanan daripada Pn Hajjah Thalasawati selaku pengerusi prasekolah zon Skudai dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pn Norhayati binti Ja'afar.








Selamat menjamu selera, persiapan dan hidangan adalah persembahan SK Taman Universiti 2 den Catering dari SK Kompleks uda.








Barisan graduan prasekolah SK Taman Perling sabar menunggu giliran untuk menerima sijil diatas pentas.
sampai jumpa lagi di tahun depan. Terima Kasih.





..






Rabu, 4 November 2009

SAMBUTAN HARI LAHIR NORLAILATUL QADARIAH BINTI ZAINAL

Hari ini 4hb November bersamaan dengan tarikh lahir Norlailatul Qadariah dan berbesr hati untuk menyambut bersama-sama dengan rakan sekelasnya dengan memberikan jamuak dan beberapa keping jajan untuk dibawa balik. Berikut sedikit gambaran sekitar majlis sambutan tersebut.





..

Selasa, 3 November 2009

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU PRASEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU KE PULAU LANGKAWI

Pada 30hb Oktober, rombongan Guru-guru Prasekolah Daerah Johor Bahru telah mengadakan lawatan penanda aras ke beberapa buah prasekolah di Pulau Langkawi. Berikut sedikit gambaram lawatan tersebut.



Sebelum bertolak sempat juga mendengar sedikit amanat daripada PPDR, En Jamarudin Abd Rahman di dalam bas.


Ketika dalam perjalanan, masing-masing lena diulit mimpi. Berhenti dihentian R & R air keroh untuk minum malam dan R & R Bukit Merah untuk menunaikan solat fardu subuh.




Menikmati sarapan nasi lemak daun pisang sumbangan bapak mertua. Terasa sedap sangat dan berasa, maklumlah beras baru. Rasa macam nak lagi jer.





Ketibaan kami dijeti Kuala Perlis disambut oleh JU Prasekolah Perlis (berbaju hijau) sambil dihidangkan laksa Perlis.




Pemandangan didalam feri dan sekitar kawasan jeti Kuala Perlis.






Memandangkan perjalanan yang jauh dfan memenatkan, didalam feri pun masih sempat lena lagi. Tilam empuk la yang diimpikan.







Membuat kunjungan salam ke Haji Ismail Group untuk meninjau-ninjau apa yang dipamirkan dan berangan-angan untuk memilikinya.












Kunjungan ke kilang gamat. borong la segala macam produk gamat.







Langkawi Cabble Car, tidak sah sekiranya tidak menaiki kereta kabel pulau langkawi.






Sekitar Pemandangan dikawasan Prasekolah SK Pekan Kuah, bersebelahaqn dengan PPD Langkawi.










Pemandangan dikawasan Beras Terbakar Padang Mat Sirat, dan menikmati Ikan Bakar Pulau Langkawi.











Pemandangan dikawasan makam Mahsuri, Telaga Mahsuri, Rumah Tinggalan Mahsuri, Panggung Mek Mulong dan galeri sejarah.







Penulis sempat mengambil gambar di Dataran Lang dan Kapal layar Jalur gemilang yang digunakan oleh Dato' Azhar Mangsur mengelilingi Dunia.











Sarapan terakhir sebelum meninggalkan Pulau Lagenda ini.







Wah, bukan main berselera sekali menikmati laksa penang sumbangan Cikgu Aida sekeluarga. Keluarganya berbesar hati menjamu kunjungan kami seramai 40orang.
Ambilkan saya buah Delima,
Masak sebiji di balik daun,
Budi tuan saya terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.
Terima kasih daun keladi,
kami datang nak makan laksa lagi.
Johor Bahru destinasi dituju. Terima kasih kepada semua...................
..