Isnin, 27 Julai 2009

KENDERAAN DI AIR (AKTIVITI INDIVIDU)

Hari Khamis yang lalu masih lagi tema kenderaan di air. saya cuba la buat aktiviti individu dalam komponen Kreativiti & Estetika menggunakan kaedah kolaj. cantik juga la hasil kerja dia orang ni. Tapi ada juga yang tak siap setelah tamat masa yang ditetapkan. ( tidak ada dalam gambar). ni hasil kerja diaorang untuk tatapan semua......




..

Ahad, 26 Julai 2009

PENCAPAIAN CEMERLANG PRASEKOLAH SK TAMAN PERLING, JOHAN NYANYIAN SOLO DAERAH JOHOR BAHRU

Pada 25 Julai 2009, Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Johor Bahru telah berlangsung di SK Angkatan Tentera. Prasekolah SK Taman Perling telah menghantar seorang wakil dalam acara Nyanyian Solo bagi mewakili Zon Skudai ke Karnival tersebut. Adik Muhammad Ariff Idham b. Saiful Harizal telah mendapat Johan dan melayakkan untuk mewakili Daerah Johor Bahru ke peringkat Negeri yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2009 yang akan berlangsung di Daerah Pasir Gudang selaku Tuan Rumah. Kami warga SKTP berdoa agar Adik Muhammad Ariff Idham akan mendapat kejayaan di peringkat Negeri dengan mengharumkan Daerah Johor Bahru dan SK Taman Perling khasnya.




.. Piala, sijil dan cenderamata disampaikan semula ketika Perhimpunan Mingguan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En Mohamed Noor bin Basiron.




..

Khamis, 23 Julai 2009

MURID PRASEKOLAH MAIN BOWLING (FIZIKAL + KOGNITIF)

Sempena dengan Tema Kenderaan Air ni, sempat la guna aktiviti yang telah dicadangkan oleh rakan blogger Cikgu Prasekolah. Dalam aktiviti ini banyak komponen boleh disatukan antaranya fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi dan kreativiti dan estetika.
..
Fizikal: perkembangan moto halus, mewarna, menggunting, menampal, membaling bola.
Kognitif : Mengenal warna, mengira jumlah botol yang jatuh, seriasi.
Bahasa : bertutur dengan cara yang betul, bersoal jawab, mendengar arahan.
Sosioemosi : Bersabar menunggu giliran, bertolak angsur.
Kreativiti & Estetika : menggunakan bahan terbuang untuk menghasilkan pin boling, mewarna dalam ruangan tertentu, menghasilkan binaan.
lain2 boleh difikirkan lagi.


"Selamat Mencuba"

KREATIVITI DAN ESTETIKA (BINAAN BAHAN TERBUANG)

/>

Sabtu, 18 Julai 2009

Kursus Membina Laman Blog

Hari ini 18 Julai telah diadakan Kursus Membina Laman Blog untuk semua guru-guru SK Taman Perling. Satu pendedahan yang baru di Alam Cyber menuju puncak kegemilangan SK Taman Perling seiring dengan Perkembangan Teknologi Maklumat. Kursus ini diadakan 2 sesi dengan slot pertama lebih kepada teori dan pendedahan disampaikan oleh Cikgu Zainal bin Somingan (Guru Prasekolah 2) dan slot kedua pula lebih kepada Amali untuk menghasilkan blog mengikut tugasan masing-masing yang telah ditetapkan dan Cikgu Zainal tidak keseorangan dengan dibantu oleh Ustaz Sahrin, Cikgu Umi Khalthom dan Cikgu Sharieda selaku fasilitator. peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan di makmal 1 dan makmal 2 SK Taman Perling. Berikut sedikit gambaran Kursus Membina Laman Blog SK Taman Perling.




















..

Selasa, 14 Julai 2009

KARNIVAL PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

Pada hari sabtu 11 Julai yang lalu, Karnival Prasekolah telah diadakan di SK Kompleks Uda bagi peringkat Zon Skudai 2009. Prasekolah SK Taman Perling menonjolkan bakat terpendam setelah berhempas pulas berlatih dibawah bimbingan Cikgu Nasitof. Setelah cemerlang dalam Kejohanan Olahraga Prasekolah sehingga ke peringkat negeri yang berlangsung di Mersing, kini tiba masanya untuk kami menunjukkan bakat terpendam pula. Prasekolah SK Taman Perling berjaya mendapat Johan bagi kategori Nyanyian Solo (Adik Mohamad Arif Idham bin Saiful Hazizal) dan Tempat Ke 3 bagi kategori Sajak (Adik Nor Syahira Amira bt Sahrul Azmi).






..

Isnin, 13 Julai 2009

SEKITAR KARNIVAL PRASEKOLAH ZON SKUDAI 2009

TERJUMPA KAWAN LAME........

Jumpa kawan lame lagi? maksudnya kawan yang lama2 tak jumpa dekat 4-5 tahun kini bertemu kembali. Ni kawan aku namanya Hizam Tamit, orang sabah jadi baca ini tulisan pun kena guna dialek sabah bah ini. lama juga aku ndak jumpa ini orang, tapi setahu aku dia kawin sudah cuma ndak jemput aku maklumlah aku nie senior di 2 semester jadi mcm kenal ndak kenal jak cuma aku nie pandai cakap sabah itu la kelebihan aku.
kisahnya begini, sabtu minggu lalu aku bawak la budak2 aku ada game d stadium hoki bandaraya. sebelah paginya aku bawak budak2 aku karnival prasekolah jadi sebelah petang sajak aku dpt turun stadium. sekali aku limpas di depan tempat duduk pemain simpanan dia panggil aku, wak ka ini? nah, betul la itu. rupanya dia mengajar di SK Kempas yang diawal pagi tadi sudah aku kalahkan 2-0. macam mana, apa boleh buat. kalau diatas padang kita lawan tapi diluar padang kita kawan. ngam la itu. tapi sembang ndak lama la kerana masing2 ada tugas. jadi lepas ini boleh la kita jumpa lagi. munshi ibrahim sama perling ndak jauh bah tu. dekat sajak. lain kali ah.
ok babaiiiiiiiiiiiiiiii

Selasa, 7 Julai 2009

TV3 ke Prasekolah SK Taman Perling

TV3 dengan team School Attack telah menyerang SK Taman Perling pada 6 Julai yang lalu. Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua. Terima Kasih.

Sabtu, 4 Julai 2009

Jumaat, 3 Julai 2009

Rabu, 1 Julai 2009

ANGKARA DUNIA DAN NAFSU

Bukan la nak kata apa, ini cuma secebis luahan hati mangsa angkara dunia dan nafsu. Alhamdulillah dengan rezeki Tuhan yang telah aku simpan selama ini, maka tanggal 22 julai 2008 aku telah membeli semuah motosikal. oleh kerana malas nak bayar secara ansuran dek kerana interest yang agak tinggi maka di bayar la secara tunai. dipanjangkan cerita maka setiap hari lah aku g ulang alik kerja naik motor ini. perling ke taman molek makan 21km setiap hari makan awal tahun lepas permohonan pindah diluluskan makan SK Taman perling lah tujuannya. dekat jer dari rumah cuma 5 minit. Lihat lah motorsikal dibawah.


Maka setelah setiap hari pergi ke tempat kerja, maka terparkir la motor itu digaraj (lihat gambar dibawah) seawal jam 6.40 setiap hari. tengok nampak tak JLC2611. kebetulan tempah nombor plat masa beli sama pulak dengan no kereta (AEM2611).




Hari ini tanggal 1 Julai 2009 terlipat sejarah hitam dalam hidupku, motor yang selama ini menjadi penggangkutanku bergerak kemana sahaja telah hilang. seawal jam 6.00 pagi setelah aku bersiap untuk menghantar zakwan ke rumah mak(pengasuh) tiba-tiba motor telah tiada. hampir pitam, setelah aku mendapati pagar rumah ku kena ceroboh dan berjaya juga sipencuri membawa motorsikalku walaupun telah aku gunakan kunci kedua dan ketiga tapi berjaya juga dibawa lari tanpa memberi salam atau meminta izin dariku. lihat lah gambar dibawah ini sebagai saksi dunia.





UJIAN TUHAN. memang benar seperti apa yang dikatakan tetapi hakikatnya sejauh mana aku tabah menghadapi ujian ini. sedangkan 28hb jun 2009 (ahad) baru saje rumah sewa adik aku musnah sama sekali dijilat api yang tinggal hanya sehelai sepinggang. kini menumpanglah dirumah keluarga aku merempat memohon simpati insan yang sudi menghulurkan bantuan. aku boleh terima keadaan dan memang benarlah ini Ujian Tuhan, tetapi kenapa aku pulak yang terpaksa menghadapinya. tidak mengapa lah, angkara dunia dan nafsu aku terpaksa begini. terima lah hakikan qada' dan Qadar ini dengan tabah dan rela hati. nescaya aku Haramkan kepada umat manusia yang telah mengambil harta aku tanpa keizinanku. aku hanya mampu berdoa dan bertawakal setelah penat berusaha semoga hari-hari yang akan aku lalui akan datang dengan aman dan tenteram.
"JLC 2611, tinggal kenangan"
..