Ahad, 30 Ogos 2009

52 TAHUN MERDEKA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Logo dan Tema sambutan kemerdekaan 2009 kali ke-52




RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN



Detik bersejarah yang menjadi kenan-kenangan sampai bila-bila oleh semua warga negara Malaysia. 31 Ogos 1957.







..

Sabtu, 29 Ogos 2009

TEPUK DADA TANYA SELERA........

Bulan puasa ni adalah bulan untuk kita menahan nafsu makan. Tapi tengok la ni..........................





..

Jumaat, 21 Ogos 2009

ESOK PUASA........................

PRASEKOLAH, disini segalanya bermula.......... selamat berpuasa kepada anak-anak yang baru nak belajar berpuasa..



Rabu, 19 Ogos 2009

BULAN KEMERDEKAAN DI PRASEKOLAH

Pada minggu lepas sebelum balik untuk bercuti dapat la sms daripada tutttttt......, cikgu prasekolah daerah Pasir Gudang berbunyi begini "wak, ko wt xtvt pe untk bebudak smpena merdeka ni? jgn lupa amik gambo pastu masuk'n dlm blog aku nak tiru la. k tq." oleh kerana sms nie datang dah lewat jadi tak sempat la nak upload gambo. lagipun aku balik kampung mana ada line 3G untuk ekses broadband, paham2 jer la orang kampung ulu. kalau Kg Hulu kat melaka tengah-tengah bandar, ni ujung selangor sana. jerit pun dah dengar sampai perak.
ok lah, ini yang sempat saya amik gambar untuk dikongsi bersama. sambutan peringkat prasekolah 2 je, peringkat sekolah lagi wok, siap masuk school attack lagi.




Gambar kat atas ni, ketika menyampaikan hadiah sempena pertandingan mewarna Jalur Gemilang. ala, buat sendiri, hadiah beli sendiri, guna duit sendiri. tak de la berkira sangat janji yang penting budak-budak happy dan ada aktiviti yang menghiburkan.



Kat atas ni pulak gambar beramai-ramai selepas semua aktiviti selesai bersama-sama bendera masing-masing. memang patriotik lah cuma tak nyanyi lagu 1 Malaysia. belum hafal lagi.

Aktiviti nie dilakukan pada hari yang berlainan cuma kebetulan hari Selasa dan Khamis budak-budak pakai baju yang sama. Masing-masing mengecap tangan dengan warna berbeza bagi lelaki (merah)dan perempuan (biru).



Gambar kat atas nie pulak selepas semua selesai menyiapkan mewarna Jalur Gemilang. selepas semua dah siap kena gunting mengikut bendera yang diwarna dan gulung pada lidi satey. lepas kibarkan cacak pada sebatang polisterin untuk tatapan semua.
ok lah sampai disini sajer.
..


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009

Isnin, 17 Ogos 2009

NAIB JOHAN NYANYIAN SOLO DI KARNIVAL PENDIDIKAN PRASEKOLAH NEGERI JOHOR 2009








Wakil tunggal Prasekolah SK Taman Perling mewakili Daerah Johor Bahru telah mendapat Naib Johan dalam kategori Nyanyian Solo di Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Johor 2009 yang berlangsung di Hotel Selesa, Pasir Gudang.

Berikut adalah keputusan keseluruhan dalam Karnival tersebut:
Johan : Daerah muar
N. Johan : Daerah Johor Bahru
Ketiga : Daerah Pontian.
..




Khamis, 6 Ogos 2009

==== ALBUM KENANGAN ====

KARNIVAL PRASEKOLAH PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2007 Telah diadakan di Daerah batu Pahat selaku Tuan Rumah berlangsung di SK Parit Raja (kalau tak silap la dah lame sangat). Setelah aku muncul Johan Daerah Pasir Gudang maka layak lah aku mewakili Pasir Gudang ke peringkat Negeri Johor bersama-sama prasekolah SK Desa Cemerlang. (Kak Rahmah). Masatu aku Prasekolah SK Taman Molek mewakili Daerah Pasir Gudang bagi kategori Kelas Prasekolah Cemerlang (Bandar) manakala Prasekolah SK Desa Cemerlang (Luar Bandar). Dengan persiapan bersungguh2 warga prasekolah SK Taman Molek ketika itu, dan saya bawa hasil kerja tangan saya (Video Korprat Prasekolah) sehingga menjadi sebut-sebutan untuk memenangi Johan peringkat negeri. Tapi apa kan daya hanya mendapat Naib Johan Negeri Johor. Aku bukan sekadar cakap seperti tin kosong tetapi hasilnya hampeh. Lihat lah gambar dibawah ini sebagai bukti untuk semua. tetapi itu semua dulu dan kini tinggal kenangan. Kelas yang telah aku hias dengan paling menarik dan kreatif dengan hasil kerja tangan aku tinggal kenangan. Kini 2009, Karnival Prasekolah Datang Lagi.................. Daerah Pasir Gudang pula menjadi Tuan Rumah. (Kalau nak tengok hasil tinggalan aku, singah ler sebentar ke Prasekolah SK Taman Molek).

..

KREATIVITI & ESTETIKA (INDIVIDU)

Hari ini buat P & P simple tapi menarik. Guna bahan terpakai (bukan terbuang). Straw minuman telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk menghasilkan corak menggunakan teknik tiupan. Lihatlah bingkisan untuk rakan guru prasekolah semalaysia (1 Malaysia). Ha ha ha ha .... ok tak???










..

ORIGAMI (FIZIKAL)

Aktiviti P & P ini telah dijalankan pada minggu lepas sempena tema Kenderaan di Udara tapi t ak sempat nak post. tengok sajer la gelagat murid-murid prasekolah bila dah dapat buat kapal terbang. Tapi lepas main kat padang, kapal terbang kena parking di tempat yang disediakan. Koleksi sebenarnya, hujung tahun baru bagi bawak balik. Tengok la sendiri, ok tak???



..

Rabu, 5 Ogos 2009

AWAS, H1N1 SEMAKIN MENULAR

Bukan nak cerita la tapi hari ni datang-datang jer dah selsema n batuk2. lepas ker buat aktiviti fizikal dan perbualan pagi, terus tak boleh bangun. jadi terpaksa la dia diquarantin suruh dia tido. pesanan ye, prasekolah bukan child sitter tau........... paham2 jer la. ada yang demam pun mak dia suh dtg sekolah jugak coz mak dia nak g keja tak de sapa jaga kat umah. cam ner ni???????