Jumaat, 29 Mei 2009

TEAM JOHOR BAHRU

PADA 19-29hb Mei telah diadakan Latihan Pusat bagi persediaan ke Kejohanan Olahraga Prasekolah Peringkat Negeri Johor yang akan berlangsung pada 1hb Jun di Padang MRSM Mersing. Latihan Pusat selama 2 minggu ini telah diadakan di Padang SK Seri Skudai. Berikut adalah sedikit catatan untuk tatapan anda semua.



Sebahagian barisan Atlit dan Jurulatih (Guru Prasekolah) daerah Johor bahru semasa menjalani Latihan Pusat di padang SK Seri Skudai, Johor Bahru.

Ragam selepas menjani latihan dan ketika menikmati makan tengahari. Bergambar untuk kenang-kenangan bersama Jurulatih (En Jebeli) sebelum terbang ke Sarawak untuk merayakan Hari Gawai.
Ucapan Jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan latihan pusat ini, En Jamaluddin A.Rahman (PPPDR) En Azhari (Penyelia Prasekolah), En Jemsari (Gb SKSS), En Md Shah Abubakar (Guru Besar SKTTU) kak min n semua guru2 prasekolah SKSS, semua guru prasekolah yang terlibat, semua PPM yang terlibat, pengusaha kantin SKSS, semoga penglibatan dan sokongan Kalian semua mendapat berkat dan dirahmati dariNya.
Doakan pemergian kami akan mendapat hasil yang memuaskan, Johan keseluruhan adalah sasaran kami. Selamat Berjuang Pasukan Johor Bahru.
" MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"
HIDUP JOHOR BAHRU.
..

Isnin, 25 Mei 2009

SEKITAR SAMBUTAN HARI GURU 2009

Pada 18hb mei yang lalu, telah berlangsung sambutan hari guru peringkat SK Taman Perling. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran YDP PIBG serta pelbagai acara menarik tirut disertai bagi menghiburkan sambutan hari guru kali ini. Bagi acara sukan seperti tiup belon, jambatan sg perling, tapak gergasi, lilin berapi dan banyak lagi. Berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.































































Jutaan terima kasih kepada semua yang menjayakan sambutan hari guru 2009, pengusaha kantin yang sudi menyumbangkan kek 2 tingkat dan mereka yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung.
" GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"





GAMBAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Gambar nie diambil sempena sambutan hari guru. yang ada bulatan biru tu cikgu prasekolah 1 (Pn Nasitof bt Othman) yang ada bulatan merah tu cikgu prasekolah 2 (En Zainal bin Somingan) bersama dengan semua guru-guru sesi pagi..




Gambar yang kat bawah nie adalah staff sokongan SK Taman Perling 2009. yang ada bulat biru tu PPM Prasekolah 1 ( Pn Sa'adiah) dan yang ada bulatan merah tu PPM Prasekolah 2 (Pn Hatijah).


ok, semoga berpuas hati dengan catatan ini.




Terima Kasih.

SUKAN MENEMBAK (GURU PRASEKOLAH)




Ahad, 24 Mei 2009 Pasukan menembak PIBG SK Taman Perling menyertai Pertandingan Menembak di Lapang Sasar Keluang. Dengan diketuai oleh Tn Hj Azhari (Naib Yang Dipertua) selaku ketua pasukan, Tn Guru Besar (Pengurus Pasukan), Cikgu Abd Shukor, Cikgu Ahmad Rafaie dan Cikgu Zainal (Guru Prasekolah 2) bertolak dari sekolah seawal jam 6.30 pagi.








Menikmati sarapan roti bakar di Railway Station tempat yang paling tersohor di Daerah Kluang.







Ketibaan kami disambut oleh Ketua Pemerintah Rejimen 501 Askar Wataniah, Lt. Kolonel PM Dr Dzulkifli bin Awang.


Sesi latihan menembak piring terbuka bermula 8.00 - 9.00 pagi.






Menikmati hidangan VIP ketika selepas menamatkan pusingan pertama.






Sambil menikmati hidangan, mendengar sedikit tips-tips menembak dengan tepat oleh Ketua Pemerintah.







Gambar kenangan bersama wirawati negara yang ayu jelita.










Upacara penutup dan pasukan PIBG SK Taman Perling Mendapat Tempat ke 6 Keseluruhan kategori terbuka.


















Sekian..

..::SANTAI DI HUJUNG MINGGU ::..

Pada malam minggu yang lalu, kami kakitangan (Guru & PPM) prasekolah SK Taman Perling beriadah bermain bowling di Plaza Angsana bersama keluarga dan anak2. Walaupun kami semua bukan pro tapi pencapaian yang boleh dibanggakan kerana dapat beraksi dengan cemerlang tanpa sebarang musibah@ kecelakaan yang tidak diingini berlaku. sedikit gambaran pada malam kejadian, walaupun ada diantara mereka yang menjadi penonton setia tetapi kami semua terhibur.






Sampai jumpa lagi,
Babaiiiiiiiiiiiii..........................................

Isnin, 18 Mei 2009

SUMBANGAN KEK SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU

Hari ini 18 mei 2009, Sk Taman Perling mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat sekolah yang dihadiri oleh semua murid sesi pagi dan petang, pendidikan khas dan prasekolah. Ketika sedang mendengar amanat Menteri Pelajaran yang dibacakan oleh Tn Hj Abd Aziz Mahmood tiba-tiba saya menerima panggilan yang tidak dipaparkan nama pemanggilnya ini bermakna bukan dalam senarai kenalan. Rupa-rupanya kak pah (Shamin Bakery) dengan mulia hati dan tulus Ikhlas memberi sumbangan kek sempena sambutan hari guru untuk murid-murid prasekolah SK Taman Perling.


Berikut sedikit cebisan yang sempat saya amik gambar untuk tatapan pengunjung blog ini.

















Terima kasih Daun Keladi untuk kak pah semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa dalam lindunganNya. Terima lah pantun dari saya wakil Prasekolah Sk Taman Perling.



Inang-inang padi Pak Daik,

Padi tak sama rupa bunganya;

Sungguh kukenang budi yang baik,

Tidak kulupa selama-lamanya.











..



Selamat Hari Jadi Aishah.

Hari ini, 15hb Mei 2009 Prasekolah 2, SK Taman Perling menyambut hari jadi Siti Aishah. Untuk itu semua telah membacakan doa diketuai ileh cikgu Zainal dan seterusnya memotong kek. Ibu Aishah telah bermurah hati menjamu rakan-rakan aishah dengan membawa 2 biji kek juga untuk cikgu Zainal dan Ibu.



Setelah Aishah memotong kek, semua kawan-kawan Aishah mengucapkan selamat Hari Jadi dan mengucapkan terima kasih. Semua anak-anak ciikgu zainal disuap kek oleh Ibu.

Tengok tu, memang suka sangat-sangat dengan kek sampai bersepah kat mulut. sedap sangat lah tu agaknya sehingga menjilat jari.
Terika Kasih Aishah, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

..

Rabu, 13 Mei 2009

Ahad, 10 Mei 2009

SELAMAT HARI IBU..

Mother's Day Myspace Comments
MyNiceSpace.com


Selamat Hari Ibu dari kami warga prasekolah sk taman perling kepada semua yang bergelar IBU.

Sabtu, 9 Mei 2009

LAWATAN KE PULAU LANGKAWI

Minggu ini SK Taman Perling dengan kerjasama PIBG telah mengadakan lawatan ke Pulau Langkawi sambil disertai murid-murid dan guru-guru pengawas. bagi mengingati kemeriahan tersebut, saya paparkan beberapa kenangan saya bersama-sama rakan-rakan guru prasekolah ketika mengadakan Lawatan Banch Mark ke Pulau Langkawi anjuran bersama Panitia Prasekolah Daerah Pasir Gudang bersama PPD Pasir Gudang.


Tengok sendiri lah aktiviti kita orang, melawat kilang gamat, padang mat sirat, muzium lagenda, dataran lang dengan wajah-wajah ceria. En Syawal n En Md Shar tengah memilih jamu gamat tu. untuk tambah tenaga kot. ha ha ha

Pertama kali menaiki cable car memang takut, tapi bila dah sampai ke atas gunung mat cincang rasa seronok sangan dengan pemandangan yang menarik dan angin sepoi2 language, hilang segala rasa takut. Pn Norliza (GPK SK Pelangi Indah) tengah berposing di perhentian laluan cable car.

Gambar diatas ketika membuat lawatan Banch Mark ke Prasekolah SK Kebun Pinang.


wah, pilih-pilih, murah-murah nie. ketika di Idaman Suri.
Tengok, memborong sakan ketika di Hj Ismail Group. sampai kepenatan dan pekena laksa belut. peh, power sangat-sangat sampai meleleh...........
Iza, tambah 2x makan laksa belut. jarang dapat ni, kt jb tak de pun. kalau kat kelantan memang la tak pernah dengar pun. power tak????

pemandangan balik setelah tiba di jeti Kuala Perlis, En Md Shar memeriksa barang takut2 tertingal di hotel pulak.

ok sampai jumpa lagi.... tapi ini semua tinggal kenangan kerana saya telah berpindah ke PPD JB.

......