Isnin, 28 September 2009

DAPAT DUIT RAYA LAGI.........

Assalamualaikum. Hari ini hari pertama persekolahan setelah bercuti panjang sempena Sambutan hari Raya Aidilfitri. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Nasir dan Cikgu Norita kerana berbesar hati untuk memberikan sumbangan duit raya dan sedikit kuih (jajan) kepada semua murid prasekolah 2 SK Taman Perling. Sumbangan telah disampaikan melalui anaknya (Nurnajmina bt Nasir). berikut sedikit bingkisan untuk tatapan semua.









Ingat pesanan cikgu, duit raya simpan masuk tabung jangan buat beli mercun nanti jari 10 tinggal 8 pulak. ok Terima kasih banyak-banyak.
..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan